Insan & Komuniti 28 Aug, 2022

Terbaiklah Wak Doyok! Berhati mulia walau kereta kemek! Prihatin nasib rider yang langgar keretanya!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

KEBIASAANNYA apabila seseorang menghadapi situasi dilanggar kenderaannya, dia tidak akan membantu pihak yang melanggarnya, sebaliknya akan menyumpah seranah dan meminta wang untuk kos pembaikan.

Namun ia tidak berlaku terhadap ikon fesyen terkenal dan pelakon Wak Doyok atau nama sebenarnya Mohd Azwan Md Nor, 42.

Lagi cerita-cerita menarik berkaitan selebriti Wak Doyok


Melalui entri dalam Instagramnya, Wak Doyok mengatakan satu kemalangan melibatkan keretanya terjadi berhadapan Plaza Sungei Wang, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada petang hari Khamis, 25 Ogos 2022 ketika waktu puncak.

Wak Doyok memberhentikan keretanya yang mengalami rosak agak teruk pada bahagian belakang

"Berlaku satu tragedi petang tadi waktu puncak. Kereta aku dilanggar oleh rider grab dari arah belakang berhadapan Sg Wang Plaza, Bukit Bintang. Kereta aku teruklah jugak. Tapi takpe lah. Lagi teruk adik rider tu motor dia rosak teruk tangan dia luka-luka dan terseliuh bahunya.  

"Jadi aku settlekan semua semoga dia sihat kembali dan bekerja mencari rezeki. Hati-hati di jalan raya," tulis  Wak Doyok dalam Instagramnya. 



Nampaknya Wak Doyok lebih sayu apabila mendapati food rider (penghantar makanan bermotosikal) itu tangannya mengalami luka-luka dan terseliuh dan motosikalnya mengalami kerosakan agak teruk.

Peristiwa itu turut disaksikan oleh sejumlah penguna jalan raya dan orang ramai yang melalui jalan itu. Tidak kurang pula yang mengambil gambar kejadian itu. 

Personaliti terkenal ini tidak meminta rider itu untuk membayar kerosakan kereta yang dialaminya. Sebaliknya Wak Doyok membawa rider itu ke sebuah klinik dan membayar kos rawatan.

Selain itu Wak Doyok turut memberi sejumlah wang kepada rider itu untuk membaiki motosikalnya kerana itu adalah kenderaan utamanya untuk mencari rezeki

Dalam pada itu, rider itu meminta maaf atas kesilapannya yang menyebabkan kemalangan itu dan Wak Doyok memaafkannya.



Dalam ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap Wak Doyok selain mendoakan agar dirinya terus dimurahkan rezeki.

Perkongsian sama turut dikongsikan pelakon filem 'Abang Long Fadil 3' ini menerusi Insta Stories selain memuat naik tangkap layar perbualannya bersama food rider itu yang memohon maaf atas kekhilafannya. - KitaReporters


21
9
0
13
0
You will be interested