Insan & Komuniti 27 Dec, 2022

Sedang tengok final Piala Dunia! Lelaki maut dipatuk anak ular tedung selar! Terkejut dengan sorakan!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: [email protected]

Share this

ALPRIH PRIYONO - kredit foto: Tribunnews


PEMBANTU pawang ular dan pecinta haiwan, Alprih Priyono, 26, meninggal dunia akibat dipatuk seekor anak ular tedung selar ketika mangsa sedang menyaksikan pertandingan akhir Piala Dunia 2022 di Sukabumi, Jawa Barat pada 18 Disember 2022 lalu. 

Sebelum kejadian berlaku di Gang Brawijaya 1V, Gunung Puyuh, Kota Sukabumi, Alprih dikatakan bersama rakan-rakannya sedang menyaksikan perlawanan bola  itu antara Argentina dan Perancis  sambil mangsa bermain dengan seekor anak ular tersebut yang dibawa oleh seorang remaja di kampung itu.


Lagi cerita-cerita ngeri berkaitan ular-ular tedung

Kredit foto: Liputan 6


Ketika pasukan Argentina menjaring gol yang kedua ke pihak lawan lalu rakan-rakannya serta beberapa warga yang menyaksikan pertandingan bola itu di situ bersorak kegembiraan menyebabkan anak ular yang berada di tangan Alprih tiba-tiba mematuk jari telunjuk kiri mangsa. 

Dipetik dari beberapa sumber portal berita Indonesia termasuk Tribunnews.com pada 21 Disember 2022 melaporkan, anak ular tedung selar yang bersama dengan Alprih ketika itu dipercayai terkejut dengan sorakan yang kuat sebelum haiwan itu mematuk mangsa. 

Semasa itu, mangsa dikatakan tidak membawa peralatan penyelamat ular kerana berniat untuk menyaksikan perlawanan bola bersama rakan-rakannya.


Kredit foto: Liputan 6


Selepas dipatuk ular, pembantu pawang ular itu didapati muntah serta tidak sedar diri lalu dibawa ke Hospital Daerah Syamsudin SH tetapi mangsa disahkan meninggal dunia pada 12.15 tengah malam waktu tempatan. 

Selepas digigit, racun ular tedung selar biasanya akan merebak ke dalam tubuh mangsa dalam masa selama 30 hingga 60 minit sebelum kematian.

Antara kesan awal selepas gigitan ular berbisa itu, mangsa akan mengalami kesakitan luar biasa pada bekas gigitannya, kemerahan (bengkak, berdarah), muntah, otot berkedut, penglihatan kabur, nadi lemah, kesukaran bernafas dan denyutan jantong lemah.


IROH menunjukkan foto anak bongsu kesayanganya semasa di bangku sekolah. - kredit foto : Tribunnews.com 


Sementara itu, ibu mangsa yang bernama Iroh, 68, berkata kejadian tersebut terjadi ketika mangsa sedang melihat pertandingan akhir Piala Dunia 2022.

Menurut Iroh, Alprih keluar dari rumah kira-kira pukul 8 malam untuk menyaksikan perlawanan bola itu bersama rakan-rakannya di sebuah warung.



‘’Awalnya, saya tidak terkejut setelah dimaklumkan bahawa anak bongsu saya dipatuk ular dan saya juga tidak menjangka Alprih akan meninggal akibat dipatuk ular itu .

‘’Sebelum pada ini, Alprih pernah dipatuk  ular berbisa pada 2015 tetapi nyawanya dapat diselamatkan apabila disuntik ubat penawar racun ular itu,’’ katanya yang turut memberitahu anaknya berminat dengan haiwan liar sejak di bangku sekolah lagi.

Mangsa mula bergabung dengan tim Pecinta Haiwan di Jawa Barat sejak 2014 selain mangsa juga sering menangkap ular yang berbisa di hutan. - KitaReporters


kredit foto : Liputan 6

 

habis

 

 

 

 

8
8
0
12
0
You will be interested