Insan & Komuniti 16 Nov, 2022

Gara-gara nak berseronok! Ibu bapa disiasat polis! Ibu bawa bayi dalam aksi lasak naik flying fox!

@nur syamila kamarul arefin
Alumni Universiti Sains Malaysia dalam bidang kewartawanan. Pernah berkhidmat sebagai seorang wartawan dan juga penulis di dua buah syarikat. Masih lagi belajar menjadi seorang penulis.

Share this


RAMAI suka bermain sukan lasak, tetapi jangan lupa untuk menjaga keselamatan dan mengikut prosedur yang ditetapkan agar sesebuah perkara yang tidak diingini terjadi sehingga meragut nyawa.

Tetapi, ramai ibu bapa yang membawa anak kecil mereka untuk sama-sama menjalankan aktiviti sukan lasak dan mengabaikan keselamatan yang sepatutnya diamalkan.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan sukan lasak


Kejadian yang telah tular dalam TikTok dan Twitter ini membuatkan para netizen berasa marah akan tindakan kedua-dua ibu bapa yang telah mengabaikan tanggungjawab dengan mendukung anaknya sambil bersama bermain flying fox (terbang kelawar).



Rata-rata netizen yang melihat video ini berpendapat bahawa ibu bapa bayi ini tidak bertanggungjawab dan mengabaikan tanggungjawab mereka.

Dalam pada itu, ada juga yang mempersoalkan tentang kesahihan tempat tersebut sama ada ianya mempunyai lesen kebenaran ataupun tidak.



Disebabkan itu, pengguna TikTok yang merakamkan kejadian ini tampil beri respons menunjukkan satu surat bahawa tempat tersebut mendapat kebenaran pihak JKR.

Seeloknya sebelum  itu siasat dahulu, sebelun nasi menjadi bubur!

Dan dalam perkembangan terkini, kedua-dua ibu bayi tersebut kini disiasat oleh polis selepas kertas siasatan dibuka atas kesalahan membahayakan nyawa bayi tersebut. - KitaReporters



11
13
0
19
1
You will be interested