Insan & Komuniti 22 Nov, 2023

Terima kasih Maxis! Meriahkan sambutan Deepavali! Untuk pelajar dan sekolah SJKT Ladang Senawan!

@gamal nasir mohd ali
Seorang wartawan selama lebih 30 tahun selepas menyertai Utusan Melayu pada 1989. Bergelumang dalam bidang Online sejak 2000 dan kini mengendali KitaReporters dan UtusanPress. Emel: gamalnasir@gmail.com

Share this



Kakitangan Maxis telah memeriahkan suasana di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Senawang, Negeri Sembilan baru-baru ini melalui sebuah sambutan perayaan Deepavali.

Hari tersebut dipenuhi keseronokan dengan penyertaan 22 sukarelawan mSquad Maxis yang hadir untuk memberikan sumbangan berkaitan pendidikan. 

Mereka turut menganjur pelbagai permainan dan aktiviti yang menarik untuk lebih daripada 500 pelajar, guru, dan ahli komuniti Ladang Senawang bagi mewujudkan kenangan manis dalam sambutan perayaan tersebut.

Dalam semangat memberi balik kepada komuniti, sukarelawan mSquad juga telah berjaya mengumpul lebih 400 buah buku daripada kakitangan-kakitangan Maxis untuk disumbangkan kepada sekolah tersebut bagi melengkapkan perpustakaannya. 

Maxis turut menyumbangkan komputer riba yang telah diperbaharui dan papan putih untuk bilik darjah, serta memberikan pakej bahan pembelajaran asas kepada pelajar-pelajar terpilih.



Sebagai penutup acara untuk menyerikan suasana kemesraan dan kebersamaan sambutan tersebut, semua hadirin telah disajikan dengan hidangan makan tengah hari yang enak.

“Kami sangat terharu dengan layanan mesra daripada pihak komuniti. 

'Kami gembira dapat mengambil bahagian dalam meraikan Deepavali bersama-sama dan berharap sumbangan kami akan menceriakan lagi suasana perayaan ini," kata Mariam Bevi Batcha, Ketua Pegawai Hal Ehwal Korporat di Maxis.

Projek CSR Deepavali tahun ini (2023) di SJKT Ladang Senawang adalah hasil usaha penyumberan ramai yang berjaya antara kakitangan Maxis, di mana idea yang menang telah mendapat sokongan dan pembiayaan yang diperlukan daripada syarikat untuk memberi balik kepada komuniti pilihan pemenang. - KitaReporters/Kenyataan Media


14
14
0
14
0
You will be interested