Insan & Komuniti 23 Oct, 2022

Masih va va voom! Maria Farida tetap cantik, menawan meskipun berusia 53 tahun! Kalah anak-anak dara!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: [email protected]

Share this

MARIA Farida (kiri) sedang menari bersama Vida sambil memperaga rantai emas pada leher masing-masing dalam satu majlis baru-baru ini. - Kredit foto: TikTok @onlyyou_gold


BAGI peminat artis tanah air, Datin Seri Maria Farida Atienza yang begitu popular sekitar tahun 90-an sudah pasti terkejut dengan kecantikan wajah artis itu yang tidak pernah pudar meskipun usianya kini sudah meningkat 53 tahun.

Rupa paras yang cantik anugerah Tuhan dan seolah-olah tidak dimamah usia itu boleh dikatakan mampu mengalahkan banyak anak dara dan ia sudah pasti sesiapa sahaja tidak jemu-jemu memandang wajahnya.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan cantik dan kecantikan

MARIA Farida yang masih cantik lagi menawan biarpun umurnya 53 tahun. - Kredit foto: TikTok @onlyyou_gold


Kredit foto: Ingstagram


Penampilan Maria yang juga seorang pelakon berdarah kacukan Melayu dan Filipina sentiasa mengekalkan awet mudanya sering kali mendapat perhatian dalam kalangan peminatnya. 

Menerusi sebuah video yang dimuatnaikkan oleh pengguna TikTok akaun @onlyyou_gold baru-baru ini, memperlihatkan Maria sedang menari dengan usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida sambil memperaga rantai emas yang dipakai oleh mereka.



Berikutan dengan tularnya video itu, ada yang mengatakan meskipun umur Maria lebih tua lima tahun berbanding Vida tetapi wajahnya tetap kelihatan bagaikan usianya sekitar 30-an.

``Maria sudah tua daripada Vida tetapi lihatlah rupa parasnya yang cantik dan bodynya sentiasa langsing dan penampilannya kalah dengan anak-anak dara,’’ kata netizen.

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen dalam Instagram, ada juga yang bertanya adakah Maria selalu memakai bengkung kerana pinggangnya sentiasa kelihatan langsing dan ramping.

``Tidak, saya tidak perlukan bengkung kerana pinggang saya sudah berukuran 24 inci,’’ kata Maria.


Kredit foto : TikTok @onlyyou_gold


Sebelum itu, seorang jurusolek turut berkongsi pengalaman ketika dia pernah menatarias wajah artis jelita itu kira-kira dua tahun lalu.

``Saya pernah make-up wajah Datin Seri Maria di rumahnya. Kulit dia memang cantik. Tidak ada satu pun garisan tua pada mukanya. Kulit dia tidak perlu memakai foundation.

``Bila pakai foundation, nampak sedikit kulit kering evan guna liquid jadi memang Datin Seri Maria tidak suka pakai foundation,’’ kata jurusolek tersebut.

Menurutnya, body dan kulit Maria seperti orang muda selain kulitnya segak (tegang). - KitaReporters


Kredit foto: TikTok @onlyyou_gold

17
13
0
12
0
You will be interested