Insan & Komuniti 30 Jun, 2025

Muzium bukan sekadar simpan sejarah! Tapi juga semarakkan Malaysia Madani! Fiesta Uniti@Muzium Perak!

@ani bin awang
Bekas wartawan Utusan Malaysia dan mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam media. Pernah bertugas di Berita Harian, Harian Watan dan Bernama. Emel: awangani@gmail.com

Share this

Poster persembahan kebudayaan antara kaum diketengahkan di Muzium Perak.

Program Fiesta Uniti@Muzium Perak 2025: Penyatuan Dalam Kepelbagaian yang berlangsung di Muzium Perak, Taiping pada 28 dan 29 Jun 2025 lalu jelas mendapat sambutan menggalakkan daripada khalayak.

Program tersebut menampil sebanyak 11 program. Antaranya pameran dan demontrasi jualan, pertandingan lagu-lagu partriotik, persembahan busking, kedai bergerak negeri Perak, bengkel seni dan kraf budaya.

Selain itu, program Kayuhan Uniti@Muzium Perak, senam seni uniti, persembahan kebudayaan, kursus Ikrab (I'rab) Keris, pertandingan mewarna dan Muzium Aerodance Challenge.


K. Saraswathy (kanan) mendapat penerangan mengenai pameran keris di Muzium Perak


Program Fiesta Uniti@Muzium Perak merupakan sebuah program berbentuk masyarakat yang menjadikan aspek perpaduan sebagai teras utama pelaksanaan program ini sesuai dengan hasrat Kementerien Perpaduan Negara (KPN), sekali gus bertepatan dengan cita-cita Kerajaan mewujudkan masyarakat Malaysia Madani.

Jabatan Muzium di bawah KPM mengambil inisiatif untuk menyemarakkan lagi agenda perpaduan negara dengan menyebarluaskan aktiviti muzium kepada masyarakat umum.

Penganjuran program ini bermatlamat memperkukuh perpaduan nasional rakyat berbilang kaum dan etnik, sekali gus meraikan kepelbagaian budaya yang menjadi tonggak kekuatan identiti negara ini.

Secara jelasnya, objektifnya meraikan kepelbagaian kaum dan budaya di Malaysia, selain menyemai semangat perpaduan dan saling hormat antara komuniti.

Menjadikan muzium sebagai pusat interaksi budaya dan integrasi sosial dan memperkenalkan warisan budaya tradisional kepada generasi mudan dan pelancong. 

Seperti kata Timbalan Menteri Perpaduan Negara, K. Saraswathy, penganjuran fiesta seperti ini membuktikan bahawa muzium bukan sekadar agensi kerajaan yang memelihara koleksi sahaja, malahan boleh berfungsi sebagai palatform titik pertemuan antara ilmu, seni, budaya dan perpaduan.

“Melalui suasana harmoni, kita dapat menyemai nikai-nilai positif saling menghormati, memahami dan membina kepercayaan antara kaum.

“Asas yang kukuh ini merupakan tunjang kepada kestabilan negara dengan secara langsung memasu pembangun dan pertumbuhan ekonomi negara,” katanya semasa berucap merasmikan Fiesta Uniti@Muzium Perak di Taiping pada 28 Jun 2025.


K. Saraswathy (tiga, kiri) menerima cenderahati disampaikan oleh Kamarul Baharin A. Kasim.


Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Muzium Negara Datuk Kamarul Bahrin A. Kasim berkata, antara yang menarik pada program Fiesta Uniti ialah persembahan kebudayaan pelbagai kaum, Pameran Naga: Imej Dalam Budaya Material, kayuhan Uniti 40 km yang melibatkan 300 peserta, bengkel perkongsian ilmu, pertandingan seni tari, lagu patriotic dan pertandingan mewarna.

“Pameran naga yang berlangsung mengetengahkan symbol naga dari pelbagai budaya Masyarakat di Malaysia, sekali gus menggambarkan bagaimana satu simbol yang dikongsi dapat menjadi jambatan pemahaman dan keharmonian antara budaya yang pelbagai,” katanya. - KitaReporters

11
11
0
10
0
You will be interested