Insan & Komuniti 25 Jan, 2023

Video| Puteri Sarah terkedu! Anak tanya betulkah ayah kahwin lain! Sebab tu dah lama tak balik rumah!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

Walaupun kemelut rumah tangganya menjadi perhatian ramai, namun Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, tidak pernah menceritakan masalahnya dengan suami kepada kedua-dua anaknya, Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4, kerana mereka masih kecil untuk mengetahuinya.

Tetapi baru-baru ini Puteri Sarah tergamam apabila anak lelakinya tiba-tiba mengemukakan pertanyaan yang mengejutkanya ketika balik dari photoshoot (sesi bergambar).

Lagi



"Baru balik daripada photoshoot. Sampai-sampai rumah, Syaikhul tanya saya 'Mama betul ke ayah kahwin lain?' Sebab tu ke ayah dah lama tak balik rumah? Kenapa ayah ada orang lain? 

"Macam mana nak jawab soalan budak umur enam tahun? Saya terkedu."

Demikian tulis Puteri Sarah yang terkedu apabila anak lelakinya, Syaikhul Islam tiba-tiba bertanya sama ada bapanya, Syamsul Yusof sudah berkahwin lain serta berkata adakah itu punca mengapa pengarah dan pelakon berkenaan sudah lama tidak pulang ke rumah.

Dek kerana itu, Puteri Sarah tidak tahu bagaimana untuk menjawab soalan anak sulungnya yang baharu berusia enam tahun itu.


Berkongsi perkara tersebut menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instastory, Puteri Sarah bertanya kepada suaminya bagaimana dia mahu menjawab soalan anak mereka yang masih tidak tahu apa-apa.

Soal Puteri Sarah, "adakah Syamsul pernah terfikir jawapan yang mahu diberikan kepada anak-anak mereka sekiranya perkara itu dibangkitkan suatu hari nanti.

"Jadi kepada lelaki-lelaki yang pentingkan diri sendiri tu, isteri nak kena jawab apa dekat anak kecil ni? Pernah tak kamu terfikir satu hari nanti nak jawab apa dekat anak? Tidak!

"Kamu hanya fikir tentang nafsu, ikut kepala kamu sahaja. Ada terfikir tak kahwin lari dekat Siam tu nanti anak tanya nak jawab apa?," ujarnya.


Sementara itu, Puteri Sarah turut menitip pesan kepada kaum lelaki yang memperjuang poligami untuk belajar semula agama Islam untuk memikirkan kesan dan akibatnya. 

"Lelaki-lelaki di luar sana, sebelum nak perjuang konon poligami itu sunah, belajar balik agama Islam ya dan fikir apa akibatnya," tuturnya.

Sebelum ini, kemelut rumah tangga Puteri Sarah hangat diperkata selepas Syamsul membuat kejutan apabila mengumumkan bahawa dirinya telah bernikah dengan Ira Kazar di selatan Thailand dan berwakil walikan ayahnya, pelakon Kazar Saisi.

Susulan daripada pendedahan itu, Puteri Sarah memfailkan permohonan cerai pada pada 16 Januari 2023 lalu. Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah menetapkan 7 Mac depan sebagai hari sebutan kes bagi permohonan cerai berkenaan. - KitaReporters


10
9
0
11
0
You will be interested