Herman alias Adek dianggap lelaki bertuah. Ditangkap mencuri, namun dia tidak didakwa, malah diberi pekerjaan oleh pemilik kedai yang dia mencuri.
Oleh kerana tidak mempunyai pekerjaan kerana diberhentikan kerja, Herman terpaksa nekad mencuri untuk mendapat wang untuk makan.
Kedai pakaian itu terletak di Pasar Kembayan Dusun Serambai, Desa Tanjung Merpati, Kecamatan Kembayan, Kabupaten Sanggau, Kalimantan Barat.
Pertemuan penuh emosi antara Herman (kanan) dan Peri Ermasyah.
Namun pejabat pendakwa raya Sanggau tidak mendakwa Herman kerana melakukan kesalahan kali pertama. Sebaliknya mereka memberi keadilan pemulihan (restorative justice).
Tuan punya kedai pakaian itu, Peri Ermasyah yang baik hati telah menawarkan pekerjaan di kedainya untuk Herman yang sudah bercerai dan mempunyai seorang anak berusia 4 tahun.
Pertemuan Herman dengan Peri berlangsung dengan penuh emosi di Balai Polis Sanggau pada Rabu 2 Oktober 2024.
Kedua-duanya berpelukan dengan Herman memohon maaf dan diterima oleh Peri dengan hati terbuka. Malah Peri memberi sinar baharu dengan Herman ditawar pekerjaan di kedai pakaiannya.
Pertemuan Herman dan Peri dimuat naik dalam sejumlah media sosial di Indonesia.
Kebanyakan netizen memuji langkah yang dilakukan oleh Peri kerana ia sebagai pendorong orang bersalah berubah ke arah kebaikan. - KitaReporters