Insan & Komuniti 14 Aug, 2022

Video| Hebatnya cikgu ini! Guna kreativiti sendiri! Bagi murid-murid mudah faham, minat belajar!

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this


BERGELAR guru pada masa kini bukanlah tugas yang mudah, berdepan anak-anak alaf baharu semenangnya mempunyai cabaran tersendiri. Situasi berkenaan mendorong cikgu masa kini menciptakan kreativiti sendiri bagi memudahkan proses pembelajaran dalam kelas.

Bagi mereka yang berdepan dengan murid pada peringkat sekolah rendah kesabaran tinggi wajib ada dalam jiwa individu bergelar pendidik itu.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan pengorbanan guru


Kreativiti berkenaan penting bagi mencetuskan suasana seronok dalam kelas sekali gus memberi keterujaan kepada murd-murid berkenaan. Semuanya untuk menarik minat anak-anak didiknya.

Hanya yang benar-benar layak sahaja mampu bergelar cikgu.

Itulah hebatnya cikgu, tahap kesabaran individu yang bergelar pendidik pasti tinggi menggunung.



Terbaharu tular video seorang cikgu wanita mengajar murid-muridnya mengenai hari dalam seminggu dalam bahasa Inggeris. Kreatifnya, guru itu mengajar dalam bentuk nyanyian, yang mudah pemahaman.

Perkongsian menarik berkenaan , dimuat naik pada 8 Julai 2022, lalu oleh seorang cikgu wanita muda dalam Instagram miliknya @nanadayana.



Menerusi perkongsian berkenaan kelihatan cikgu berada dalam dalam kelas mengajar menggunakan kaedah sendiri bagi menghasilkan susanana seronok di dalam kelas.

Malah kelihatan cikgu itu  menggerakkan badannya seperti menari selain lenggok tersendiri bagi membolehkan anak-anak didiknya memahami apa yang diajarkan.

Hebatnya cikgu!



Dalam kelas berkenaan murid-murid diajar tentang sebutan hari-hari dalam seminggu bermula Isnin hingga Ahad.

Menggunakan daya kreativiti sendiri, cikgu berkenaan menjadikan kelas menjadi lebih meriah dengan menyanyikan hari-hari berkenaan menjadi sebuah lagu.

Malah turut kelihatan cikgu berkenaan melompat menunjukkan sebutan yang tepat.

Lebih menarik lagi setiap hari diwakili simbol tersendiri membuatkan murid-murid jadi lebih teruja.

Sangat menyeronokkan apabila menyebut hari Ahad, cikgu cantik tersebut menggoyangkan badan seolah-olah menunjukkan hari berkenaan bebas dan boleh berehat sepuasnya. 

Berbaloi dengan perkongsian menarik berkenaan, berjaya disaksikan lebih 23,000 pengikut dalam media sosial miliknya.




Sebelum ini juga cikgu berkenaan turut menggunakan konsep  sama menggunakan lagu ketika mengajar mengenai bentuk kepada murid-murid.

Ternyata, sesi pembelajaran kelihatan menyeronokkan dan murid juga dapat memahami dengan lebih mudah.

Malah kedengaran murid-murid masing-masing berebut untuk mengikut gayanya membuktikan mereka faham apa yang dilontarkan oleh guru berkenaan. Hebatkan cikgu!

Mencipta kreativiti sendiri demi membentuk anak bangsa

Terima kasih cikgu! keranamu kami berada di sini hari ini. Jasamu kalian akan dikenang sampai mati! - KitaReporters


9
7
1
18
0
You will be interested