Insan & Komuniti 16 Jan, 2026

Berita fake! Cerita tular kanak-kanak didera tak benar! Polis nasihat elak sebar maklumat tak sahih!

@ani bin awang
Bekas wartawan Utusan Malaysia dan mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam media. Pernah bertugas di Berita Harian, Harian Watan dan Bernama. Emel: [email protected]

Share this

Jangan sebar perkara yang tidak benar. Siasat maklumat yang diterima sebelum menyebarkan dalam media sosial.

Begitulah nasihat Ketua Polis Perak Datuk Noor Hisam Nordin agar orang ramai diminta lebih berhemah dan bertanggungjawab dalam menyebarkan maklumat dalam media sosial serta tidak membuat sebarang tuduhan tanpa bukti yang sah.


Gambar hiasan


“Tindakan menyebarkan maklumat tidak sahih boleh menimbulkan keresahan awam dan salah faham.

“Orang ramai perlu mendapatkan pengesahan daripada sumber rasmi sebelum mempercayai atau menyebarkan sebarang kenyataan,” katanya Majlis Pemakaian Pangkat dan Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Taiping antara ACP Mohamad Nasir Ismail kepada ACP Abd Malek Ismail di Taiping pada 15 Januari 2026.

Nor Hisam diminta mengulas mengenai dakwaan seorang kanak-kanak lelaki berusia 13 tahun yang tular dalam media sosial sejak 14 Januari 2026 dipercayai didera.


Mohamad Nasir Ismail (kiri) menyerahkan jawatan Ketua Polis Daerah Taiping kepada Abd Malek Ismail (kanan) sambil disaksikan oleh Noor Hisam Nordin (tengah).


Kanak-kanak itu ditemui di Stesen Kereta Api Taiping yang dipercayai berasal dari Taiping, manakala neneknya menetap di Anak Bukit, Kedah.

Noor Hisam berkata, pemeriksaan fizikal ke atas kanak-kanak itu oleh Ketua Balai Polis (OCS) pada 14 Januari 2026 mendapati tiada sebarang kesan kecederaan atau lebam pada tubuh mangsa.

“Sehingga kini juga, tiada laporan polis dibuat oleh mana-mana pihak berhubung dakwaan tersebut," tambahnya.

Beliau berkata, kanak-kanak itu telah diserahkan kepada bapa kandungnya.


Noor Hisam Nordin (dua, kiri) memakai pingat ACP kepada Abdul Malek Ismail (dua, kanan) yang dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Taiping yang baharu.

Katanya, sekiranya terdapat sebarang laporan atau petunjuk lanjut, pihaknya tidak teragak-agak untuk merujuk kanak-kanak tersebut ke hospital bagi pemeriksaan lanjut oleh pegawai perubatan.

“Buat masa ini, kita tidak dapat memastikan niat sebenar kanak-kanak itu sama ada ingin menaiki kereta api untuk pulang ke Kedah atau sebaliknya.

“Kemungkinan juga wujud perselisihan keluarga, namun siasatan mendapati dakwaan dera yang tular itu tidak berlaku,” katanya. - KitaReporters

11
11
0
10
0
You will be interested