Insan & Komuniti 10 Sep, 2025

Tahniah Taiping! MPT menang Anugerah Terbaik TPO bagi Pemasaran Pelancongan! Ulang Tahun Ke-150!

@ani bin awang
Bekas wartawan Utusan Malaysia dan mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam media. Pernah bertugas di Berita Harian, Harian Watan dan Bernama. Emel: [email protected]

Share this

 

Bandar Taiping di Perak melakar sejarah apabila diumumkan sebagai penerima Anugerah Terbaik Tourism Promotion Organization (Pertubuhan Promosi Pelancongan atau TPO) 2025 bagi kategori Tourism Marketing (Pemasaran Pelancongan) sempena 12th TPO General Assembly (Perhimpunan Agung TPO Ke-12) di Ho Chi Minh, Vietnam.


Majlis Perbandaran Taiping (MPT) memenangi Anugerah Tourism Marketing pada Anugerah Terbaik TBO 2025 pada 5 September 2025

Anugerah itu sebagai mengiktiraf kejayaan promosi pelancongan sepanjang Ulang Tahun Ke-150 Bandar Taiping (1874–2024) dan Tahun Melawat Perak 2024, yang menampilkan keunikan warisan, alam semula jadi dan produk pelancongan Taiping ke peringkat antarabangsa.

Bagi Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping (MPT), Khairul Amir Mohamad Zubir, kejayaan ini merupakan anugerah keempat yang diraih oleh Taiping sejak menyertai TPO pada tahun 2014.

Ia membuktikan komitmen berterusan MPT bersama rakan strategik dalam memartabatkan industri pelancongan.

“MPT merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang menyokong usaha menjadikan Taiping sebagai destinasi pelancongan warisan dan alam semula jadi bertaraf dunia,” katanya dalam kenyataan pada 9 September 2025.


Khairul Amir Mohamad Zubir (kanan) menerima anugerah Tourism Marketing Awards 2025 di Vietnam

zDalam perkembangan lain, Zoo Taiping & Night Safari (ZTNS) akan menganjurkan Zoorama 2025 iaitu acara tahunan yang bakal menceriakan pengunjung dengan pelbagai aktiviti menarik sepanjang cuti sekolah dari 13 hingga 21 September 2025 di Pavilion ZTNS.

Khairul Amir berkata, Zoorama 2025 merupakan platform pendidikan dan rekreasi yang memupuk minat generasi muda terhadap pemuliharaan hidupan liar serta kesedaran alam sekitar sambil menawarkan hiburan yang menyeronokkan untuk semua peringkat umur.



Antara aktiviti menarik yang disediakan ialah Rimba Quest, Muzikal Rimba, Kita Jaga Zoo!, Rimba Ria Fashion Show, Zootoon: Pertandingan Melukis Kartun, Karikatur bersama Ujang, Pertandingan Lagu Patriotik, Pertandingan Pakaian Tradisional, MLBB Esport Battle 25, Zoo Master Chef Junior, Rimba Talk: Apa Kerja Doktor Veterinar, Pertandingan Gubahan Pulut Kuning & Rendang Ayam, Pertandingan Mewarna, Larian Santai Hari Gajah Sedunia 2025, Sesi Kenali Haiwan Eksotik, Jungle Busking, Pameran dan Jualan Industri Kecil dan Sederhana (IKS).

Acara ini terbuka kepada semua pengunjung dengan yuran penyertaan serendah RM10 seorang bagi beberapa aktiviti tertentu.

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, orang ramai boleh mengikuti media sosial rasmi Zoo Taiping & Night Safari. - KitaReporters

10
16
0
7
0
You will be interested