Insan & Komuniti 16 Jul, 2025

Video| Budak 8 tahun hanya tahu menyalak! Diabaikan emak, abang! Hanya berkawan dengan 6 anjing!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

.


Satu kisah menyayat hati berlaku di sebuah daerah di wilayah Uttaradit, utara Thailand gara-gara najis dadah.

Si ibu, 46, dan si abang, 23, menjadi penagih dadah sejak sekian tahun. Teratak usang yang didiami menjadi sarang menghisap dadah.

Ini membuat seorang budak lelaki berusia 8 tahun yang diberi nama samaran ‘A’  hidup terbiar. Kerana itu, si budak ini lebih selesa berkawan dengan sekawan anjing sebanyak enam ekor yang dipelihara oleh si ibu di teratak usang itu.

Ia membuat si budak hanya menyalak seperti anjing untuk berkomunikasi kerana dia tidak bersekolah seperti kanak-kanak lain dan terbiasa berkawan dengan anjing-anjing itu.


Keadaan teratak usang yang didiami juga menjadi sarang penagihan dadah. - Kredit foto: Khaosod

Kisah tragis ini terbongkar baru-baru ini dan tular setelah ia disebar dalam sejumlah media sosial serta beberapa media cetak dan elektronik di Thailand. 

Yayasan untuk Kanak-kanak dan Wanita, diketuai tokoh masyarakat dan bekas ahli politik, Paveena Hongsakul, menyelaras usaha dengan pihak berkuasa untuk menyelamatkan budak itu. 

Ia selepas seorang pengetua sekolah di daerah Lap Lae, Wilayah Uttaradit melaporkan situasi yang membimbangkan itu. 

‘A’ tidak pernah menghadiri tadika tetapi pernah melawat sekolah itu bersama ibunya apabila dia mencapai umur Darjah 1.


Sepasukan pertugas bergegas ke lokasi setelah menerima aduan. - Kredit foto: Khaosod

Ibunya mendapat subsidi sebanyak 400 baht (RM52) dalam dana sokongan pendidikan kerajaan tetapi tidak pernah mendaftarkan ‘A’ dalam kelas. 

Siasatan mendedahkan kanak-kanak itu tinggal di rumah saudara sebelah ibunya di kawasan ‘zon merah’ yang dipenuhi dadah dengan ibunya berusia 46 tahun, abangnya berusia 23 tahun, dan enam anjing.

Pengarah Sekolah Sopon Siha-ampai baru-baru ini melawat rumah dan mendapat tahu daripada jiran bahawa si ibu kerap meminta wang dan makanan dari kuil apabila tidak mendapat simpati penduduk.

Tiga sekeluarga ini disoal oleh pasukan menyiasat. - Kredit foto: Khaosod

Jiran semakin bosan dengan tingkah laku si ibu dan menghalang anak-anak mereka daripada berinteraksi dengan keluarga itu. 

Tanpa rakan sepermainan dalam kalangan manusia, membuat budak itu terpaksa berkawan dengan anjing peliharaan dan mula meniru tingkah laku binatang itu termasuk bunyi menyalak untuk komunikasi.

Selepas mengetahui situasi itu, Paveena berhubung dengan pelbagai agensi termasuk Leftenan Kolonel Polis Charoen Daengruang daripada Balai Polis Lap Lae, pegawai Kementerian Pendidikan, dan kakitangan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keselamatan Manusia. 

PAVEENA HONGSAKUL

Pasukan bersama melawat rumah pada pagi 30 Jun 2025 untuk memberi bantuan segera. Polis Lap Lae menjalankan ujian air kencing ke atas si ibu dan si abang dan disah terlibat dalam penagihan dadah.

Dan mereka didakwa atas pengambilan dadah, manakala pekerja sosial meletakkan budak lelaki itu di bawah penjagaan perlindungan di Rumah Kanak-Kanak Uttaradit. 

Paveena kemudian berurusan dengan Dr. Thir Phawangkhanant, Timbalan Ketua Setiausaha Suruhanjaya Pendidikan Asas, dan Dr. Trin Kandokmai, Pengarah Pusat Pengurusan Kebahagiaan dan Keselamatan, untuk memastikan budak lelaki itu menerima pendidikan berterusan. 

Yayasan Paveena akan memantau kemajuannya bersama kementerian Pembangunan Sosial dan Pendidikan. - KitaReporters

10
7
0
11
0
You will be interested