Insan & Komuniti 04 Jan, 2026

Lain daripada lain! Ambang tahun baharu 2026 Alor Setar! Diserikan dengan Malam Mahabbah Rasul!

Share this

Alhamdulillah masih ada yang meraikan ambang tahun baharu 2026 dengan cara yang lebih berbeza apabila ribuan pengunjung membanjiri Dataran Starwalk, Alor Setar bagi menjayakan Malam Mahabbah Rasul dalam suasana penuh kerohanian melalui selawat dan doa memohon kesejahteraan dari Allah SWT.


Remaja dan kanak-kanak tidak mahu ketinggalan untuk bersama berselawat ke atas Nabi SAW.

Kaum ibu dan muslimat juga tidak mahu melepaskan peluang sedia ada.

Kemeriahan malam tersebut turut dipenuhi dengan pertandingan perarakan selawat yang disertai pelbagai agensi dan pertubuhan bukan kerajaan.

Perarakan selawat bermula dari Dataran Medan Bandar Alor Setar menuju ke Dataran Starwalk serta diisi dengan pelbagai pengisian ilmiah dan kerohanian termasuklah alunan qasidah, seni silat warisan, tazkirah dan pertunjukan bunga api pada detik 12.00 malam.


Perarakan kumpulan berkuda turut memeriahkan sambutan Malam Mahabbah Rasul.

Ribuan orang yang meraikan Malam Mahabbah Rasul di Alor Setar pada malam sambutan ambang tahun baharu.

Syabas kepada Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) yang mengambil inisiatif penganjuran Malam Mahabbah Rasul demi melahirkan masyarakat yang sejahtera dan bersatu padu serta persediaan mendepani cabaran tahun baharu 2026.

Aktiviti menjelang tahun baharu sebegini memberi lebih banyak manfaat kepada masyarakat khususnya generasi muda yang memenuhi ruang setiap malam ambang tahun baharu. - KitaReporters


Pertunjukan bunga api tetap menjadi kemuncak Ambang Tahun Baharu 2026.

Perarakan selawat Nabi beramai-ramai di Alor Setar menjelang ambang tahun baharu.

14
12
0
15
0
You will be interested