Insan & Komuniti 02 Apr, 2023

Video| Tarawih ekspres! 20 rakaat 3 witir cuma 10 minit! Satu tradisi secara turun temurun sejak 1907!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this



Solat tarawih perlu dilakukan secara santai untuk mendapat keberkatannya. Tetapi bagaimana kekhusyukan boleh diperoleh jika solat tarawih dilakukan dengan pantas atau dibuat seperti ekspres.

Namun solat tarawih ekspres ini sudah menjadi tradisi bagi sebuah sekolah pondok atau pondok pesantren (ponpes) Mambaul Hikam di Blitar, Jawa Barat sejak tahun 1907 atau 116 tahun lalu.

Solat tarawih 20 rakaat dan 3 witir diselesai dalam tempoh  kurang daripada 10 minit sahaja. 

Walaupun pernah dipantau Majlis Ulama Indonesia (MUI) namun tiada tindakan diambil. Begitu juga sejumlah ulama turut mempertikai solat tarawih ekspres ini.




Ia menjadi bahan berita di media Indonesia dan laman sosial setiap Ramadan. 

Menurut Pengurus pondok, Dliya'uddin Azzamzami Zubaidi, solat tarawih ekspres ini dilaksanakan secara turun temurun bermula daripada pengasasnya Kiai Abdul Ghofur, dan diteruskan oleh anaknya, Kiai Sulaiman Zuhdi dan seterusnya oleh Kiai Zubaidi Abdul Ghofur.

Alasan mengapa solat tarawih itu dilakukan secara ekspres kurang dapat diterima iaitu untuk memberi keselesaan kepada penduduk setempat yang kebanyakannya golongan petani.

Oleh kerana sudah penat bertani dari pagi hingga petang, mereka enggan melakukan ibadat tarawih yang memakan masa yang agak lama.

Pondok Pesantren Mambaul Hikam merupakan salah satu pusat pengajian al-Quran tertua di Blitar dan kini mempunyai ribuan pelajar dari seluruh Indonesia. - KitaReporters



 
9
7
0
9
0
You will be interested