Insan & Komuniti 19 Dec, 2020

Video| Terselamat! Kereta dipandunya dihanyutkan arus deras!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

"BERPANTANG maut sebelum ajal." Demikian nasib seorang lelaki yang terselamat apabila kereta dipandunya dihanyutkan oleh arus deras ketika meredah air di Jalan Air Putih-Chukai berhampiran Tol Chukai, kira-kira jam 12.50 tengah hari Sabtu 19 Disember 2020. Lelaki berusia 27 tahun itu berjaya diselamatkan setelah kejadian tersebut disedari penduduk kampung yang menghubungi pihak berkuasa. : KitaReporters 


Pasukan penyelamat menyelamatkan mangsa yang masih berada di dalam kereta yang hanyut. - Kredit gambar: FB Group Kemaman



Lagi kisah-kisah berkaitan hanyut:

https://kitareporters.com/search?search=hanyut


Lelaki berkenaan seorang kakitangan Hospital Kemaman memandu seorang diri melalui jalan tersebut yang sedang dinaiki air sedalam 1.5 meter dan bernasib baik kerana ketika kejadian berlaku penduduk kampung ternampak sebuah kereta Myvi yang melalui jalan itu tiba-tiba hanyut. 

Melihat kejadian itu penduduk bertindak pantas dengan menghubungi pihak berkuasa bagi membantu menyelamatkan mangsa yang masih berada dalam kereta yang dihanyutkan air

Ketika meredah banjir di jalan tersebut, kereta dipandunya tiba-tiba hilang kawalan lalu dihanyutkan arus deras hingga ke kawasan semak di bahu jalan berhampiran.




Mangsa dikatakan terkurung di dalam keretanya yang terkunci selama hampir 15 minit sebelum diselamatkan oleh pihak keselamatan dan penduduk kampung.

Pasukan Bomba dan Penyelamat (JBPM) serta Angkatan Pertahanan Awam (APM) yang tiba di lokasi kejadian tidak lama kemudian telah menunda keluar kereta Perodua Myvi berkenaan dari kawasan banjir itu.

Mangsa dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan tetapi masih terperanjat dengan insiden ini.


Kredit foto: FB Erry Azri


Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan


Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, lelaki berkenaan dipercayai dari Kuantan menghala ke Chukai, namun melalui jalan berkenaan yang ditutup pihak berkuasa kerana dinaiki air. 

Katanya, laluan tersebut sebenarnya sudah dinaiki air sedalam 1.5 meter, dengan jarak kira-kira 100 meter dan telah meletakkan halangan serta notis bahawa kawasan itu tidak boleh dilalui kenderaan. 

Beliau berkata, susulan kejadian itu pihaknya juga telah meminta Tol Chukai ditutup terus bagi mengelakkan kenderaan melalui kawasan itu. Tol Chukai akan ditutup dari arah Utara Kuala Terengganu dan arah selatan jika dari Kuantan. 

Menurut Hanyan, kejadian itu adalah yang kedua kerana kejadian sama turut berlaku semalam (Jumaat, 18 Disember 2020) di Pondok Limau, Ibok kira-kira jam 2 pagi.

Ketika kejadian, polis yang kebetulan membuat rondaan untuk menyelamatkan mangsa banjir dipindahkan terserempak dengan lelaki berkenaan yang tersangkut di dalam kereta kerana melalui jalan yang sudah ditutup kerana dinaiki air

Beliau berkata, dia cuba melintas tapi kenderaannya dihanyutkan arus hingga hampir masuk ke dalam parit. Namun, dia tersangkut dan kebetulan polis yang sedang membuat rondaan menyelamatkannya. 

“Kita harap kejadian sebegini tidak berulang dan saya minta orang ramai patuhi arahan dan notis dikeluarkan. Pada masa sama, ambil maklum maklumat berkaitan banjir dan laluan dinaiki air melalui media massa,” katanya. - KitaReporters

7
9
7
2
1
You will be interested