PELAKON, pelawak dan pengarah, Ramasundran Rengan, 57, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL), pada jam 1.40 pagi Rabu, 26 Mei 2021.
Pemergian
pelakon yang dikenali menerusi watak Rajoo dalam program sitkom TV, Spanar Jaya itu
disahkan oleh isterinya, Kamala Cheriakannan.
Kamala
berkata, mendiang suami mengalami masalah bengkak pada kaki disebabkan jangkitan
dan alah dengan ubat-ubatan.
"Punca tepat kematian belum dapat dipastikan. Bedah siasat akan dilakukan hari ini, 26 Mei 2021 untuk mengenal pasti kematiannya.
"Mendiang suami tidak mempunyai masalah jantung. Cuma, jangkitan pada kaki mengeluarkan lendir, malam tadi. Jadi, saya memutuskan membawanya ke HKL, kira-kira jam 11.45 malam.
"Bagaimanapun, saya terkejut, sejam kemudian diberitahu suami menghembuskan nafas terakhir," katanya seperti dipetik oleh Berita Harian pada Rabu, 26 Mei 2021.
Mendiang
Ramasundran yang juga Naib Presiden Persatuan Teater Malaysia dan Penolong
Setiausaha Yayasan Artis Veteran Malaysia itu mula menceburi dunia lakonan
sejak tiga dekad lalu dengan membintangi pelbagai drama dan sitkom. - KitaReporters
Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter