Insan & Komuniti 26 Apr, 2020

COMEL!! DR AMALINA PUJI RAMBUT BABY AINUL

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this

SIAPA tidak kenal Dr. Nur Amalina Che Bakri, pelatih pakar bedah kelahiran Malaysia yang kini sedang menerpa nama bumi Great Britain, apa sahaja yang keluar dari mulut pasti menjadi viral. Terbaharu, Dr. Amalina berkongsi momen indah mengenai bayi kecil yang pernah ‘dibantu’ sebelum ini, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin. : KitaReporters

AINUL MARDHIAH yang kini berusia 19 bulan dilihat semakin sihat dan lasak. - Kredit foto: Twitter Dr. Amalina.


Menerusi Twitternya, beliau berkongsi perasaan teruja selepas menerima perkembangan positif bayi berusia 19 bulan itu daripada ibu kanak-kanak berkenaan.

Malah beliau turut berkongsi beberapa gambar dan video terbaharu mengenai ‘bayi kesayangan rakyat Malaysia’.

Pakar bedah yang menetap di England itu turut memuji potongan rambut Ainul yang dilihat sangat comel.

“Saya terima gambar baru daripada ibu Ainul, alahai comelnya rambut baru Ainul,” katanya menerusi akaun Twitter miliknya yang mendapat lebih 6,000 tanda suka.

AINUL MARDHIAH masih menjalani pemeriksaan berkala di hospital bagi memantau perkembangan selepas menjalani pembedahan di London, tahun lalu.



Malah beliau turut memuat naik video telatah Ainul yang dilihat sedang berkomunikasi.

Dalam video berdurasi sembilan saat itu beliau menyifatkan perkembangan kesihatan Ainul Mardhiah sudah sihat.

“Dah reti keluarkan suara, clever girl!” tulis Dr. Amalina lagi.

Pada 10 Jun 2019, bayi berkenaan yang dilahirkan pada 13 Ogos 2018, selamat menjalani pembedahan membuang ketumbuhan seberat 200 gram dikenali ‘Germ Cell Tumor’ selepas bertarung nyawa lima jam di sebuah hospital kanak-kanak di London.

DR. AMALINA merupakan salah seorang individu penting di sebalik kejayaan pembedahan Ainul Mardhiah kerana membuang ketumbuhan seberat 200 gram di sebuah hospital kanak-kanak di London pada Jun 2019.


Pembedahan yang dikendalikan sekumpulan pakar bedah dan anestetik diketuai Ketua Unit Craniofacial, Prof David Dunaway dan Dr. Juling Ong membabitkan perbelanjaan mencecah RM1 juta.

Pelatih pakar bedah, Dr. Nur Amalina Che Bakri juga antara individu penting di sebalik kejayaan pembedahan itu kerana berusaha mendapatkan bantuan kenalannya dalam kalangan pakar perubatan di UK bagi mencari cara terbaik merawat penyakit bayi itu. - KitaReporters

10
0
0
0
0
You will be interested