KITA baru sahaja menyambut Hari Guru biarpun tidak sama seperti tahun sebelum ini dengan adanya majlis atau persembahan di sekolah. Namun perkembangan teknologi membolehkan orang ramai menzahirkan ucapan bagi menghargai jasa guru mereka dalam media sosial. : KitaReporters
Bagi setiap guru yang pernah mendidik, pasti ada kisah lucu, suka dan duka sepanjang tempoh bergelar 'GURU'.
Seorang guru, Chuah Kee Man, berkongsi kisah menarik bagaimana beliau berjaya mengubah nasib seorang pelajar.
Menurut kisah guru ini, beliau hampir ditikam dek kerana menegur seorang pelajar menghisap rokok.
Tetapi bukan mudah kerana mendidik pelajar nakal ini tidak sama sekali mengajar pelajar lain.
Ia memerlukan sentuhan tersendiri dan perlu kena dengan gayanya.
Tapi salute kepada guru ini, kerana ia menggunakan kepakaran tersendiri bagaimana untuk menyerang pelajar ini dengan kata-kata 'halus' .
Kesan dari kejadian itu, pelajar tersebut tidak hadir ke sekolah hampir 3 minggu dan beliau telah mengambil keputusan untuk berhenti belajar kerana ingin membantu keluarganya.
Apatah lagi, beliau merupakan anak sulung di dalam keluarga. Jadi tanggungjawab itu pasti besar dan berat.
Kisah itu tidak terhenti disitu, selepas 4 tahun berlalu, guru tersebut menerima satu mesej dalam akaun FB beliau dengan ucapan sangat mengharukan.
Siapa?
Sudah pasti pelajar nakal itu yang berikan ucapan menghargai jasa guru tersebut kerana nota yang diberikan itulah, beliau berjaya mengubah sikap dan membuka lembaran baharu dalam hidupnya.
Benarlah orang kata, mata pena lebih tajam dari mata pedang!!
Kata-kata yang biasa tetapi seperti ditembak tepat ke dada dan pedih itu terasa sehingga ke sanubari pelajari tersebut.
Dalam kehidupan dunia realiti, memang wujud pelajar nakal seperti ini dan tidak salah jika dikatakan ramai guru yang angkat bendera putih kerana putus asa dengan sikap mereka.
Tetapi ingatlah, pelajar ini juga ingin belajar dan ada kemampuan untuk berjaya.
Apa yang penting, kita perlu mencari kekuatan dan kelebihan yang ada pada pelajar ini dan teknik mengajar serta latihan juga harus seiring dengan kemampuan mereka.
Jasa guru terlalu besar dan kerana gurulah kita dapat meneruskan kehidupan dengan ilmu yang diberi.
Guru ini bukan hanya yang mengajar di sekolah mahupun di universiti, tetapi guru ini adalah mereka yang berikan ilmu kepada kita secara langsung mahupun tidak langsung.
Terima kasih guru!!!! - KitaReporters