Insan & Komuniti 19 May, 2020

Sedekah pun jadi isu? Lufya geram gambar anak disalah guna!

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: [email protected]

Share this

PELAKON Lufya Omar berkongsi perasaan geramnya terhadap satu akaun Instagram (IG) yang sering memaparkan kisah-kisah tular yang berlaku dalam masyarakat. Menurut Lufya, IG tersebut telah mengambil gambar anaknya sedang menghulurkan wang sedekah kepada seorang lelaki ‘mat salih’ yang sedang meminta sedekah tanpa kebenarannya. : KitaReporters


Lufya mahu mendidik anaknya, Laana Haura agar ringan tangan menghulurkan sedekah.


Lebih menyakitkan hati, kapsyen gambar yang ditulis menggambarkan seolah-olah orang Melayu terlalu merendah diri apabila terjumpa dengan peminta sedekah ‘mat salih’.

“Kami nak bersedekah pun jadi isu ke? Apa ni? Mana kami tahu orang ni baik ke scammer? Fya nak didik anak dengan memberi walaupun sedikit. Sedekah ini pun gerakan Allah.

“Kita bukan nak dapatkan pujian manusia tapi keredaan Allah dan kasih sayang-Nya. 

"Anak saya kasi RM3 duit nak beli ais krim dia bukan kasi banyak pun. Cukupla sekadar dia boleh beli sepotong kuih dan air mineral.

“Kamu ambil video anak saya dan post di IG kamu sebagai content kamu tanpa kebenaran saya. 

"Betul ke cara macam tu? Siapa yang Melayu inferior ni? Saya DM (direct messege) cakap baik-baik minta delete post berkenaan tapi kamu block saya.

“Saya minta semua followers yang dikasihi report IG ini untuk menutup akaun yang tidak bermanfaat dan menyakitkan hati ramai pihak. 

"Fya harap dapat bantuan anda semua,” tulisnya.

Lufya melahirkan rasa kesal apabila gambar anaknya digunakan tanpa kebenaran.


Sebelum ini tular dalam media sosial berkenaan seorang warga Rusia yang kelihatan meminta sedekah di restoran makanan segera di Temerloh, Pahang hingga mendapat perhatian dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) daerah terbabit.

Dikatakan ‘mat salih’ itu kehabisan wang dan terkandas di negara ini berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung pandemik COVID-19.

Jangan mudah terpedaya dengan helah pengemis 'mat saleh' ini.


Lelaki tersebut telah dibawa ke Kedutaan Rusia di Kuala Lumpur dengan bantuan pihak PDRM Daerah Temerloh.

Namun, peliknya kelibat lelaki yang sama kelihatan sekali lagi dan berjaya dirakam di Tesco Putra Nilai, Negeri Sembilan. 

Kali ini dia membawa seorang rakannya. Foto tersebut tular dan telah menimbulkan pelbagai persoalan.

Menurut salah seorang pengguna Facebook, Fadhil Waynie sebenarnya lelaki Rusia itu seorang ‘scammer’ atau penipu.

Pendedahan seorang pengguna Facebook telah merungkai segala persoalan. 


Justeru, apabila melihat lelaki ‘mat salih’ meminta sedekah, jangan mudah terpedaya!!

Dalam kes Lufya, benar apa yang dikatakannya. 

Dia hanya mahu mendidik anaknya untuk rajin bersedekah sementelah tidak tahu ‘mat salih’ tersebut adalah seorang penipu! - KitaReporters

0
0
0
0
0
You will be interested