Insan & Komuniti 13 Apr, 2021

Video| Kerana hilang sabar! Bapa mentua tetak menantu sendiri! Hanya kerana jawab 'tidak tahu'!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

Bukiman ditahan oleh polis kerana menetak menantunya sedang sujud solat maghrib. -  Kredit foto: Tribune News

Gara-gara hilang sabar apabila diberi jawapan ‘tidak tahu’, telah membuat ayah mentua, dikenali sebagai Bukiman, 70, menetak menantunya, Hori, 30, ketika sedang menunaikan sembahyang maghrib.

Kes ini terjadi di rumah di Desa Kelbung, Kecamatan Sepulu, Kabupaten Bangkalan, Madura, Jawa Timur pada Jumaat, 9 April 2021.

“Pelaku adalah bapa mentua mangsa yang menetak leher mangsa dengan calok. Ketika itu, mangsa sedang menunai solat maghrib dengan kedudukan sujud," kata Ketua Hubungan Masyarakat Polis Daerah Bangkalan, AKP Arif Djunaidi, pada Ahad, 11 April 2021.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan mentua


Beberapa jam sebelum peristiwa penetakan berlaku, Bukiman menanyakan wang kiriman daripada anaknya, Ma’i yang  merantau di Malaysia. 

Pertanyaan tentang wang kiriman daripada anaknya itu juga dilontarkan kepada isterinya Marasi dari pagi hingga tengah hari. 

Menurut Arif, kekecewaan Bukiman memuncak ketika pertanyaan serupa dilontarkan kepada anak perempuannya, Kartina beberapa saat selepas waktu maghrib. Namun dijawab oleh menantunya, Hori dengan kalimat ‘tidak tahu’. 

Kalimat ‘tidak tahu’ itu membuat kemarahan Bukiman memuncak. Dia lalu mengambil senjata dikenali sebagai calok bagai dirasuk menetak leher menantunya yang sedang sujud  sembahyang maghrib.

“Baik isteri, anak perempuan (isteri mangsa), dan menantunya atau mangsa Hori menjawab tidak tahu".

Mendapatkan serangan daripada mentuanya, menurut  Arif, mangsa sempat berlawan dengan mertuanya.

Seorang jiran bernama Tabri terpaksa campur tangan dan berjaya merampas calok daripada Bukiman.

Usaha tersebut berhasil dilakukan setelah lelaki bernama Tabri turut membantu dan berhasil merebut calok daripada tangan Bukiman.


Hori mengalami kecederaan pada bahagian lehernya selepas ditetak oleh bapa mentuanya. - Kredit foto: today.line.me


Hori mengalami luka pada bahagian leher bawah kanan sepanjang 15 sentimeter dan kedalaman 8 sentimeter.

“Beberapa anggota keluarga dan sejumlah penduduk  menghantarkan Hori ke sebuah klinik di Desa Banyior, Kecamatan Sepulu, Kabupaten Bangkalan, kemudian dirujuk ke Hospital  Syamrabu,Bangkalan,” kata Arif.

Menurut Arif, polis akan mendakwa Bukiman di bawah akta penganiayaan dan boleh dihukum penjara hingga lima tahun. - KitaReporters

4
7
4
10
5
You will be interested