Insan & Komuniti 01 Dec, 2021

Ingin pulang ziarah arwah ibu! Tapi terlibat kemalangan maut! Jenazah disatukan dalam lahad sama!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: [email protected]

Share this

MUHAMAD Nazirul Rameli menatap pilu melihat Nadia  Fizatul Hanim Zamani yang terbujur kaku selepas tercampak dari kenderaannya di Kampung Air Sejuk, Setiu dalam satu kemalangan maut pada 28 N0vember 2021. - Kredit foto : Media Sosial


HASRAT seorang anak untuk pulang menziarahi kematian ibunya tidak kesampaian apabila dia sendiri terkorban dalam kemalangan jalan raya di Setiu, Terengganu dan dibawa pulang untuk dikebumikan dalam satu liang lahad bersama ibunya di Tanah Perkuburan Islam Bukit Ajil, Kampung Pulai Chondong, Machang, Kelantan, pada Ahad, 28 November 2021 lalu.

Sebelum itu,  mangsa, Nadia Fizatul Hanim Zamani, 23, dikatakan dalam perjalanan pulang untuk menziarahi kematian ibunya yang meninggal dunia pada 5.45 petang, 27 November 2021 di Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai akibat sakit buah pinggang.

Namun tidak sangka pula mangsa bukan sahaja tidak sempat menziarahi arwah ibunya malah mangsa sendiri maut akibat terlibat dalam satu kemalangan.


 Lagi kisah-kisah dukacita berkaitan kemalangan maut

Nadia (kanan) dalam kenangan. - Kredit foto : Media Sosial


Dalam kejadian yang berlaku pada kira-kira 7.15 pagi 28 November 2021 di Kampung Air Sejuk, Setiu, Terengganu, Nadia yang sedang mengandung tiga minggu meninggal dunia di tempat kejadian selepas tercampak dari kereta Perodua Kancil

Sebelum  kejadian itu, Nadia yang baharu melangsungkan perkahwinan pada 17 0ktober 2021 lalu bersama suaminya, Muhamad Nazirul Rameli, 23, dikatakan dalam perjalanan dari Johor kira-kira 6 petang (27 November 2021)  untuk pulang ke kampungnya di Pulai Chondong, Machang bagi menziarahi kematian ibunya.

Keluarga Nadia menjangkakan jenazah arwah ibu mangsa akan dikebumikan selepas solat zohor kerana menunggu kepulangan Nadia untuk melihat kali terakhir arwah ibunya. Namun siapa sangka, rupanya mangsa mengikut jejak ibunya.


KERETA yang dinaiki mangsa dan suaminya terbabas di Kampung Air Sejuk, Setiu, Terengganu pada 28 November 2021. - Kredit foto : Media Sosial


Suasana pilu serta sedih telah menyelibungi ahli keluarga Nadia kerana bukan Nadia yang pulang untuk menziarahi ibunya sebaliknya jenazah mangsa dibawa pulang bersama van jenazah untuk dikebumikan bersama ibunya di pusara.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Mohd Afandi Hussin berkata akibat kemalangan tersebut Nadia meninggal dunia di tempat kejadian kerana cedera parah di kepalanya.

Manakala suaminya turut mendapat kecederaan kini dirawat di Hospital Setiu



Mohd Afandi berkata, kemalangan itu berlaku dipercayai berpunca kereta Perodua Kancil yang dipandu oleh suaminya hilang kawalan sebelum terbabas ke bahu kiri jalan.

Nadia yang berada di hadapan tercampak keluar dari kenderaannya dan jenazahnya di hantar ke Hospital Setiu untuk dibedah siasat. Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jenazah Nadia yang dibawa pulang dari hospital berkenaan dikebumikan pada 3.30 petang (28 November 2021) dalam satu liang lahad bersama ibunya di Tanah Perkuburan Islam Bukit Ajil, Pulai Chondong. - KitaReporters


Kredit foto: Media sosial

19
13
0
9
0
You will be interested