Kisah Insan 29 Nov, 2021

Alhamdulillah! Anak-anak Daurah Tahfiz terima jubah, keperluan asas! Tajaan para penderma budiman

@kartini mohd noor
Pernah berkhidmat sebagai 1. Stringer Berita Harian 2. Wartawan Berita Harian 3 . Penyunting Harian Metro 4. Grup Editor Majalah IBUBAPA 5. Advisor Takaful Great Eastern Berhad

Share this

Sebahagian pelajar di tahfiz Daurah bergaya dengan jubah baharu yang disumbang oleh penderma budiman. - Kredit foto: Muniati Usman


PENANTIAN pelajar-pelajar di dua sekolah tahfiz di Bandar Country Homes, Rawang untuk mendapatkan jubah sebagai pakaian seragam pusat pengajian pondok akhirnya didengari apabila ada penderma budiman sudi menanggung keseluruhan kos pakaian berkenaan untuk kegunaan kira-kira 60 pelajar tahfiz berkenaan.

Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Ukhwah Fillah (PKUF), Murniati Usman berkata, pihaknya dihubungi seorang individu yang sudi menaja jubah kepada anak-anak tahfiz ini.

Katanya bukan sekadar itu, anak-anak tahfiz juga turut disediakan dengan keperluan asas lain seperti mukaddam, buku-buku tulis dan peralatan daripada penderma-penderma lain dari seluruh negara. 

"Kitab mukaddam diterima daripada seorang penderma berasal dari Kelantan, manakala peralatan menulis dan buku serta barangan keperluan dapur, kami terima daripada orang perseorangan dan pihak yang bekerjasama mengumpul duit dan membeli," ujarnya.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan  sekolah tahfiz


Content Image

Anak-anak tahfiz teruja mendapat songkok dan keperluan asas daripada penderma 


Kongsi Murniati atau lebih dikenali Umi Ati, wakil penderma turut menghantar wakil tukang jahit pada minggu lalu untuk mengambil ukuran baju bagi memudahkan ukuran yang sesuai kepada anak-anak tahfiz.

"Hari ini anak-anak itu sangat teruja mencuba pakaian dan diberi hadiah bersama songkok,"ujarnya.

Umi Ati yang merupakan Pengasas Daurah Tahfiz Baitul Janaah memberitahu, semua yang diperolehi anak-anak tahfiz kelolaanya adalah hasil usaha KitaReporters yang menyiarkan artikel selain menguar-uarkan rayuan memohon pakaian berkenaan.

Kongsi wanita cekal ini, kini anak-anak tahfiznya tersenyum lebar selepas menerima uniform baharu. Katanya, sehelai jubah untuk pelajar lelaki dan perempuan  dianggarkan berharga RM60 hingga RM80.

"Sekarang anak-anak tahfiz ini memiliki sepasang jubah baharu yang akan digunakan untuk pengajian di sekolah berkenaan setiap hari.

"Ada yang sudah singkat dan sesetengahnya terpaksa menggantikan pakaian itu dengan baju harian di sebelah petang supaya dapat digunakan pagi esoknya," ujarnya yang menyediakan jubah hitam bagi pelajar perempuan dan putih untuk lelaki.


Sebahagian pelajar perempuan di Pondok Tahfiz Daurah BaitulJannah. 


Sehubungan itu juga, Umi Ati berkata, PKUF telah diminta oleh pihak tertentu supaya membuat perbelanjaan bulanan barangan keperluan asas untuk kegunaan anak-anak tahfiz berkenaan.

Bagaimanapun kini pihaknya kini berdepan isu kekurangan dana bagi menyediakan keperluan harian dan memerlukan sekurang-kurangnya 300 kilogram beras sebulan bagi menampung kedua-dua tahfiz berkenaan. Ini kerana setiap hari mereka akan menggunakan 10 kilogram beras terutama untuk dihidangkan kepada hampir 30 pelajar lelaki yang rata-ratanya berumur 5 hingga 16 tahun.

"Kami juga memerlukan telor, sayur, minyak, gula dan mihun untuk sarapan pagi dan malam. Keseluruhan perbelanjaan untuk menampung dua tahfiz ini hampir RM15,000 sebulan, termasuk sewa RM2,000 untuk dua pondok, elaun ustaz dan ustzah serta bil elekrtik dan air

"Kos membeli sayur RM600 sebulan berdasarkan pembelian harian berjumlah RM20 sehari," jelasnya lagi.

Beliau berkongsi, pihaknya sebelum ini hanya bergantung kepada dana yang disediakan hasil keuntungan perniagaan kedai runcit, kontrak membersihkan rumah, membekalkan tenaga buruh serta kerja-kerja membaiki rumah.


Content Image

Seorang tukang jahit mengambil ukuran jubah kepada pelajar tahfiz perempuan di sekolah kendalian Umi Ati.


SEBAHAGIAN daripada pelajar lelaki bergaya dengan jubah baharu yang disumbangkan khas oleh penderma dari Kelantan, baru-baru ini.


Bagaimanapun berikutan keadaan pascapandemik COVID-19 pihaknya kini berdepan masalah dan berhasrat untuk mencari keluarga angkat untuk menaja setiap pelajar bagi meringakan beban harian pusat tahfiz berkenaan.

Keadaan itu bagi meringankan beban ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka selain membantu anak-anak  dan berasal daripada keluarga miskin yang tidak mampu membiayai pengajian. 

Katanya lagi, pengurusan kini memerlukan perbelanjaan sekitar berjumlah RM900 sebulan dengan anggaran RM3 sehari termasuk kos makan malam.

"Kami juga sedang berusaha menyediakan sarapan pagi untuk pelajar dengan kos RM2 sehari. Malah kita juga berharap dapat memberi makan minum tengah hari bermula dengan RM3 seorang untuk 30 pelajar," katanya yang sangat berterima kasih kepada penderma yang berterusan memberi sokongan.

Selain mengurus dua podok tahfiz, PKUF juga menaja keperluan untuk 40 hingga 50 anak-anak miskin yang mengikuti pengajian asas akademik dan al-Quran di sebuah pondok yang didirikan di bawah pokok pisang. - KitaReporters


Content Image

Umi Ati bersama sebahagian anak-anak yang belajar mengaji di sebuah pondok yang didirikan di bawah pokok pisang.

16
11
0
16
0
You will be interested

Shebby telah tiada! Sweeper emas negara 80-an! Pakar teknikal berkaliber! Penganalisis TV kritis!

Serbegeth 'Shebby' Singh, 62, meninggal dunia akibat sesak nafas ekoran serangan penyakit jantung ketika berbasikal di Iskandar Puteri pada petang 12 Jan 2022

Rezeki nelayan! Sangka anak buaya sangkut dalam pukat! Rupanya pari tunggol gergasi! Berat 40.5kg!

Nelayan Sendak Omar sangka seekor anak buaya tersangkut di pukatnya tetapi rupa-rupanya seekor ikan pari tunggol gergasi seberat 40.5kg anggaran bernilai RM324
Adnan Mohamad in Kisah Insan 3 days ago

Nia menangis dihukum penjara setahun! Bersalah bersama suami, pemandu! Kes salah guna syabu!

Nia Ramadhani menangis teresak-esak ketika mahkamah jatuhkan hukuman penjara satu tahun bersama suaminya, Ardi Bakrie akibat terbabit penyalahgunaaan dadah
Adnan Mohamad in Kisah Insan 4 days ago

Mengenang Shebby! Bek tengah RM100k! Santokh Kedua! Peminat Spurs! Latih anak di Sekolah Arsenal!

Shebby, bek tengah bernilai RM100k? Yuran tebus diri itu dikenakan PBNJ gara-gara bermain tanpa kebenaran mereka untuk wakili kelab Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Abdul Hafiz Ahmad in Kisah Insan 4 days ago

Shebby yang ku kenali! Ceroboh penginapan pemain! Disergah Tauke! Shebby tampil jadi penyelamat!

Persahabatan mula terjalin pada 1983 ketika kami jejakkan kaki ke Kuala Lumpur. Saya baru bergelar wartawan, Shebby pula bina nama sebagai pemain bola sepak
Rodli Nayan @ Rodly Fadly in Kisah Insan 4 days ago