Insan & Komuniti 03 Aug, 2021

Kalau dah jodoh! Pasangan OKU berkenalan 2 bulan dalam media sosial! Akhirnya ke jenjang pelamin!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb [email protected]

Share this

Pasangan OKU Che Abd Halim Mohamad dan Shafinas Hasanuddin bertemu jodoh melalui media sosial.


PERKENALAN selama dua bulan melalui media sosial, akhirnya membawa pasangan Orang Kurang Upaya (OKU) dari Bandar Permaisuri, Setiu, Terengganu, ke ke jenjang pelamin sebagai suami isteri yang sah.

Che Abd Halim Mamat, 43, dan Shafinas Hasanuddin juga berusia 43 tahun meluahkan cinta masing-masing sebelum mereka mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga pada Oktober 2018.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan OKU

Kredit foto: FB Che Abd Halim Halim


"Sudah jodoh kami, saya dan isteri tidak terfikir akan bertemu dan mendirikan rumah tangga. Selepas melihat 'Facebook' dia, saya mula rasa mahu mengenalinya dengan lebih dekat,” kata Abd Halim.

Katanya, kira-kira dua bulan bersembang dalam media sosial termasuk WhatsApp, kami mula serasi dan kenal hati budi masing-masing.

"Semasa perkenalan itu, saya sudah tahu keadaan penyakit isteri saya dan dia juga tahu keadaan fizikal saya tetapi kami yakin boleh meneruskan kehidupan bersama," kata Abd Halim yang dikenali dgn nama Budin itu.

Setelah isterinya bersetuju untuk dilamar, Abd Halim tanpa memikir panjang terus mengisi borang pernikahan secara online dan selepas itu mereka disatukan dengan ikatan perkahwinan pada 5 Oktober 2018.


Abd Halim berkerusi roda menjalankan perniagaan kecil-kecilan


Abd Halim berkata, selepas sebulan berkenalan, "saya menyatakan hasrat untuk menjadikan dia isteri, saya begitu gembira kerana dia menerima lamaran itu

"Sebulan selepas itu, saya bernikah dengannya di Melaka," katanya yang mengalami cacat fizikal selepas terbabit kemalangan jalan raya pada 1997.

Abd Halim yang kini tinggal di rumah bersebelahan rumah ibunya, Che Esah Che Mat, 63, bahagia bersama isterinya walaupun mereka tidak sempurna seperti orang lain.

"Lepas berkahwin, saya membawa isteri saya pulang ke kampung saya di Bandar Permaisuri, Setiu, Ketika itu isteri saya mampu bergerak sendiri dengan kerusi roda,” katanya.


Ruang kecil di rumah Abd Halim yang dijadikan sudut jualan


Katanya,  mereka tidak menghadapi masalah untuk keluar ke mana-mana dengan kereta termasuklah ke pusat beli belah, melancong atau rumah saudara mara.

Abd Halim berkata, kini keadaan isterinya yang mengalami penyakit saraf itu semakin kritikal dan tidak mampu lagi bergerak sendiri mengunakan kerusi roda.

"Dia juga tidak boleh menguruskan diri sebagaimana dahulu. Saya yang melakukan semua untuknya termasuklah memandikan dan memakai pakaian," katanya mengenai Shafinas yang berasal dari Melaka Tengah itu.


Walaupun OKU Abd Halim tetap berusaha menjalankan perniagaan


Shafinas yang mengalami sakit saraf sejak 2017 itu mempunyai tiga orang anak sebelum bertemu jodoh dengan Abd Halim.

Menurut Abd Halim, beliau dan  isterinya yang memperolehi bantuan bulanan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) itu juga menjual makanan dan minuman untuk kanak-kanak di rumahnya bagi mengisi masa lapang dan menambah pendapatan.

"Saya mengharapkan Allah terus memberi kesihatan baik dan rezeki untuk saya meneruskan kehidupan ini bersama isteri yang semakin kritikal ini," katanya.

Orang ramai yang mahu menghulurkan bantuan bolehlah menghubungi Che Abd Halim Mamat melalui nombor telefon 019-7892612. - KitaReporters

11
1
0
2
1
You will be interested