MESIR tidak akan menghasilkan vaksin, namun tetap menyumbang dalam membanteras penyebaran Covid-19. Ia bakal menjadi negara pengeluar robot dikenali sebagai Cira-03. Pencipta robot yang dikenali sebagai Cira-03 ini adalah seorang warga Mesir bernama Mahmoud el-Komy. : KitaReporters
Lagi laporan-laporan berkaitan COVID-19:
https://kitareporters.com/coronavirus
Menurut laporan Reuters, robot ini dikatakan mampu mengesan wabak Covid-19 pada tubuh manusia. Selain itu, ia juga boleh membuat ujian darah. Ia boleh melakukan tugas sebagai pembantu kesihatan.
Ia dibina merupai sifat manusia bagi tidak mengerunkan pesakit. Ia masih pada peringkat ujian di sebuah hospital swasta di Kaherah, Mesir.
Selain mengesan jangkitan Covid-19, robot Cira-03 juga boleh melakukan echocardiograms, X-rays dan melihat hasil ujian pada skrin yang berada pada bahagian dada robot itu.
Menurut penciptanya, robot Cira-03 mampu mengadakan ujian Covid-19 secara berkesan.
Setelah ujian berhasil, ia akan dipaten dan dijual ke seluruh dunia. Ini bermakna Mesir akan berbangga menghasilkan bahan inovasi dan memberi faedah kepada masyarakat dunia.
Sementara itu, Amerika Syarikat merupakan negara tertinggi terkesan dengan pandemik Covid-19 dengan jumlah jangkitan dan kematian bertambah setiap hari.
Trak-trak ini menjadi rumah mayat alternatif sejak Covid-19 melanda. - Kredit foto: Getty Images
Trak-trak itu menyimpan 650 mayat mangsa Covid-19 sejak 8 bulan lalu.Trak-trak ini dijadikan sebagai tempat penyimpanan mayat yang belum dituntut oleh waris. Trak-trak itu dilengkapi dengan alat pendingin supaya mayat tidak membusuk.
Trak-trak mayat Covid-19 perlu melalui pemeriksaan sebelum dibenar disimpan di kawasan pelabuhan. - Kredit foto: Getty Images
Ada juga saudara-mara yang sukar dihubungi kerana mereka sudah terlalu tua. Malah ada anggota keluarga telah meninggal kerana Covid-19 dan turut disimpan bersama dalam trak itu.
Terdapat juga keluarga yang sudah dihubungi tetapi tidak mampu mengambil mayat. Alasannya kerana tidak mampu membiayai pengkebumian yang agak tinggi di negara Uncle Sam itu.
Jadi pihak berkuasa tempatan diberi tanggungjawab untuk mengebumikan mayat-mayat pesakit Covid-19 itu.
Namun jumlah mayat di dalam trak-trak itu tdak berkurang. Kerana jumlah yang dikeluarkan akan diisi dengan mayat mangsa Covid-19 yang baharu. Ia akan berterusan selagi pandemik Covid-19 belum berakhir. - KitaReporters