Kisah Insan 25 Nov, 2020

Mangsa banjir Setiu meningkat! APM teruskan kerja pemantauan

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawan peringkat negeri Terengganu

Share this

JUMLAH mangsa banjir di daerah Setiu pagi Rabu 25 November 2020 semakin meningkat kepada 125 orang daripada 40 keluarga yang  dipindahkan di enam Pusat Pemidahan Sementara (PPS) berbanding malam 24 November 2020 hanya 68 orang mangsa banjir. : KitaReporters



SEBAHAGIAN mangsa banjir di PPS Bukit Nenas, Sungai Tong, Setiu pada 25 November 2020  - Kredit Foto: Ihsan rakan


Lagi kisah-kisah berkaitan banjir:

https://kitareporters.com/search?search=banjir


Mangsa banjir terbabit di negeri Terengganu itu ditempatkan di PPS Masjid Merbau Menyusut, Langkap ialah 24 orang (7 keluarga), PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Langkap, 33 orang (8 keluarga), PPS Surau Mak Bakas, Langkap 6 orang (1 keluarga), PPS Balairaya  Kampung Che Long, Bandar Permaisuri 6 orang (1 keluarga) dan PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Kasar, Langkap 53 orang (22 keluarga). 


MANGSA banjir di PPS Masjid Merbau Menyusut, Langkap pada 25 November 2020.  -  Kredit Gambar: Ihsan rakan 


Manakala bebeberapa jalan raya seperti jalan Pengkalan Merbau ke Kampung Pelong bertempat di Kampung Mak Bakas paras air 0.50 meter ditutup kepada kenderaan ringan pada pukul 9 pagi tadi, 25 November 2020.  

Jalan Bandar Permaisuri ke Hulu Seladang juga ditutup kepada kenderaan ringan kerana air di Kampung Besut berada di paras 0.50 meter. 

Sementara itu, Sungai Setiu pula di Kampung Besut dilaporkan pagi tadi mencacatkan paras iaitu 15.39 meter (13.30 meter paras biasa), Sungai Setiu di Jambatan Bandar Permaisuri  7.75  meter (5.50 meter), Sungai Chalok di Jambatan Chalok 6.48 meter (5.0 meter) dan Sungai Nerus di Kampung Langkap 20.61 meter (17.0 meter). 


SEBUAH rumah ditenggelami air di Kampung Pelong, Sungai Tong, Setiu. -  Kredit Foto: Ihsan rakan


Sehingga pukul 12 tengah hari tadi, Rabu,  25 November 2020 keadaan cuaca di daerah Setiu dilaporkan mendung berserta dengan hujan.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Setiu, Kapten (PA) Mohd Nizu Husien berkata semua PPS terbabit yang menempatkan mangsa banjir dibuka sejak pukul 5 petang semalam, Selasa 24 November 2020. 


SEORANG kakitangan APM Setiu memberi sumbangan kepada mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Alur Lik, Sungai Tong, Setiu.  -  Kredit Foto: Ihsan rakan


Menurutnya, pihaknya sentiasa memantau kejadian banjir di seluruh daerah Setiu selain membantu mangsa-mangsa banjir ke pusat pemindahan itu.

``Kita menyediakan 20 anggota, sebuah lori. sebuah kenderaan pancuan empat roda dan sebuah bot bagi menyelamatkan mangsa banjir yang terbabit dengan bencana alam itu,’’ katanya. - KitaReporters


Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Setiu bertindak sebagai Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) di daerah itu.  

You will be interested

Syekh Ali Jaber dikenang sebagai pendakwah yang mesra, disenangi! Tanpa kebencian, permusuhan

Mendengar ceramah dia buat hati saya berasa tenang, aman dan bersyukur kerana itulah ajaran sebenar Islam. Ceramahnya bebas daripada kebencian, permusuhan - SBY

Kecintaan dan kesetiaan! Suami enggan berjauhan dengan isteri! Solat di tangga temani isteri!

Susah senang bersama. Tular kisah seorang lelaki warga emas setia temani isterinya yang jalani pembedahan tulang akibat tulang rapuh di hospital di Indonesia
Zuhayati Yazid in Kisah Insan 2 hours ago

Video| Raffi Ahmad mohon maaf selepas dikecam! Siang suntik vaksin, malam ingkar SOP Covid-19

Influencer sosial Raffi Ahmad dikritik masyarakat kerana tak patuhi SOP dan larangan kesihatan selepas jadi selebriti pertama terima suntikan vaksin Covid-19
Fauzan Uda Ahmad in Kisah Insan 7 hours ago

Video| Doktor di Papua sanggup suntik sendiri vaksin! Jadi bukti vaksin selamat bagi penduduk

Saya fikir lebih baik saya disuntik dahulu. Ini yang boleh saya buktikan supaya masyarakat tidak takut dan yakin dengan keselamatan vaksin - Dr Aaron Rumainum
Zuhayati Yazid in Kisah Insan 9 hours ago

Video| Covid-19: Emma Maembong positif! Suami positif, anak negatif! Aepul Roza juga positif!

Emma Maembong dan suami disahkan positif Covid-19 setelah jalani ujian swab (calitan) di rumah. Mujur bayi mereka yang baru berusia tiga bulan didapati negatif
Fauzan Uda Ahmad in Kisah Insan 10 hours ago