Insan & Komuniti 08 Jun, 2020

Untunglah!! 500 penunggang motosikal dapat petrol percuma!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.-komunitimadanijertih@gmail.com

Share this

Sambutan Hari Ulang Tahun Keputeraan Yang di-Pertuan Agong XVI, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhun Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, pada 8 Jun 2020 menjadi memori indah kepada penduduk di Kawasan Parlimen Hulu Terengganu, khususnya 500 penunggang motosikal. : KitaReporters 


Meskipun tiada upacara sambutan besar-besaran di seluruh negara kerana rakyat masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akibat penularan wabak COVID-19, ia tetap dirasai oleh penduduk Hulu Terengganu

Apa tidaknya, sempena hari keputeraan berkenaan penduduk Hulu Terengganu khasnya penunggang motosikal amat bertuah kerana mereka mendapat sumbangan minyak petrol secara percuma

Rosol mengisi petrol kepada seorang penunggang wanita


Pengisian petrol percuma itu mungkin dilihat sesetengah pihak bukan hadiah besar kepada rakyat, namun bagi penduduk kampung ia sesuatu yang amat bernilai dan berfaedah kepada mereka. 

Inisiatif yang dilakukan oleh Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid yang menyantuni penduduk setempat yang mengadakan program cakna rakyat dengan mengisi minyak petrol percuma sememang mendapat pujian orang ramai. 

Seorang warga emas memerhati Rosol mengisi petrol dalam tangki minyak motosikal miliknya


Sebuah stesyen minyak BHP di Kampung Kepah, DUN Telemong, Hulu Terengganu di kawasan itu dipilih sebagai pusat agihan kepada semua penunggang motosikal di kawasan berkenaan. 

Rosol yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna mengambil menghabiskan masa lebih tiga jam untuk mengisi minyak kepada penunggang yang singah di stesyen terbabit. 

Ahli Parlimen Hulu Terengganu Datuk Rosol Wahid


“Alhamdulillah saya berkesempatan menyantuni penduduk setempat mengisi minyak petrol di stesen minyak BHP. 

"Turut hadir bersama Majlis Belia Hulu Terengganu serta ARMADA yang membantu melancarkan majlis,” katanya menerusi catatan akaun Facebook miliknya. 

Katanya, ramai anak muda dan penduduk setempat mengambil peluang mengisi minyak motosikal mereka dengan baucar yang diberikan. 

Beliau berkata, sumbangan ini adalah tidak seberapa, namun harapannya dapat membantu melancarkan perjalanan dan penjimatan dalam perbelanjaan harian terutamanya pada musim Covid-19 ini. 

“Ayuh kita sama-sama berdoa semoga Allah sentiasa merahmati kita dan memudahkan urusan kita serta mengangkat wabak ini dengan segera. Insya-Allah,” katanya.

 

Penduduk Hulu Terengganu dapat petrol percuma


Menerusi program itu, lebih 500 penunggang motosikal berpeluang mendapat petrol percuma sepanjang tempoh program berjalan. - KitaReporters

2
3
1
1
1
You will be interested