Insan & Komuniti 12 Nov, 2020

Jazakallah Ustaz! Ebit Lew sewa lori lagi! Beli dan agih air

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

TOKOH amal dan pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew Irawan Ibrahim Yew atau lebih dikenali sebagai Ustaz Ebit Lew. 35, tidak penat melakukan kerja kebajikan dan sanggup bergerak ke seluruh negara bagi tujuan itu. Terkini, dia kembali membawa air untuk penduduk Selangor yang terputus bekalan lagi. : KitaReporters


Ebit menunggu ketibaan lori membawa air


Lagi kisah-kisah berkaitan Ustaz Ebit Lew:

https://kitareporters.com/search?search=ebit+lew


Masalah air yang menimpa negeri Selangor yang semakin kerap terjadi masalah besar kepada penduduk. Walaupun pihak Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) ada menghantar lori  air ke kawasan perumahan tertentu tetapi ia tidak dapat mengatasi masalah penduduk secara keseluruhan.


Ebit (dua dari kiri) melihatkan proses pembagian air.


Keresahan penduduk Selangor menyebabkan Ebit Lew keluar pada malam tadi, Rabu, 11 November 2020 dan melakukan satu lagi kerja amal.

Dia menyewa empat lori dan membeli air. Empat lori itu kemudian mengagihkan air tersebut kepada penduduk di beberapa flat sekitar Subang. 


Ebit turut mengagihkan air kepada penduduk yang memerlukan air


Tindakan Ebit menyewa lori air dan turut menyalurkan air dengan penduduk menunggu air telah dipaparkan dalam entri terbaharunya dalam Instagramnya.

Ebit turut meminta orang ramai menghargai air. Bagi dirinya Ebit mengatakan dia tidak lena tidur apabila memikirkan begitu ramai rakyat yang terbeban dengan masalah air.

Dia menulis: "Sayu rasa hati bila Selangor diuji lagi tiada air. Ujian buat kita semua. Ini jer terdaya sedikit sumbangan bila dengar air tiada. Malam ni terus order lori bawa air dan agihkan pada penduduk flat sekitar subang malam ni. Ada beberapa tempat lagi mesej saya." 


Orang ramai sabar menunggu bekalan air diedarkan


“Dari petang tadi uruskan. Walau dah malam ramai datang nak air. Tua muda pelbagai bangsa. Bawa baldi. Kami bagikan juga dalam 4 tank kecil supaya boleh bagi lebih dekat dengan blok.

“Doakan yer. Nak hantar air ke beberapa tempat lagi malam ni mengikut permintaan. Macam mana kita nak lena jika ada orang memerlukan air. Besar nilai dan nikmat air ini,” kata Ebit lagi.


Sebelum itu, pada 8 November 2020, Ebit Lew menghantar 10 tan bantuan makanan kepada penduduk di Kota Kinabalu, Sabah dengan kerjasama My Jet Espress. Bantuan makanan tersebut disumbangkan pula oleh kedai runcitnya, Elewsmart.

"Doakan yer. Risau ramai mengadu lapar yang memerlukan bantuan makanan asas. Saya bekerjasama dengan My Jet Express menghantar bekalan keperluan asas ke Sabah untuk diagihkan. Sayu malam-malam bila baca tentang sebahagian orang Sabah. Ramai sangat mesej saya. Baca berita rasa sedih.



"3 biji lori Elewsmart dari warehouse elewsmart malam tadi terus ke Airport Senai. My Jet Express akan fly dari Senai ke Kota Kinabalu. Membawa 10 tan barang makanan asas. Syukur dapat bekerjasama dengan My Jet Express. Terharu layanan baik sangat Chairman My Jett Tuan Hj Mohamed Yunos dan Ceo Azrol Hisham."Doakan Sabah yer. Doakan seluruh Malaysia. Doakan seluruh dunia. Jangan ada satu orang pun lapar dan tiada makan minum. Ini ujian untuk kita semua," tulisnya. - KitaReporters


 

0
0
0
0
1
You will be interested