Insan & Komuniti 15 Nov, 2020

Video| Ebit Lew sumbang barang dapur! 250 pemandu bas sekolah

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

Tokoh amal dan pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew melakukan satu lagi kerja amal. Kali ini, Ebit menghadiahkan sejumlah barangan dapur kepada 250 orang pemandu bas dan van sekolah  di kawasan Stadium Shah Alam, Shah Alam, Selangor pada hari semalam, 14 November 2020. Alhamdulillah dan jazakallah Ustaz!! : KitaReporters



Ebit Lew menghulurkan bantuan makanan kepada pemandu bas/van sekolah satu per satu

Lagi kisah-kisah berkaitan Ustaz Ebit Lew:

https://kitareporters.com/search?search=ebit+lew


Barangan runcit ini diambil daripada sejumlah pasar runcitnya Elewsmart. Pasar runcitnya itu mempunyai bank makanan di setiap cawangan untuk diberi kepada golongan yang memerlukan.

Ebit turut memberi sejumlah wang kepada pemandu bas/van sekolah yang benar-benar terkesan akibat pandemik Covid-19 melanda.



Sebahagian besar pemandu bas/van sekolah ini terpaksa melakukan kerja lain untuk menampung kehidupan sekeluarga. Ada yang menjadi penghantar makanan, menjual kuih dan membuat peniagaan kecil-kecilan.

Ebit terharu dengan kehidupan tidak menentu  pemandu bas/van sekolah yang disifatkannya selama ini memberikan perkhidmatan baik membawa kanak-kanak ke sekolah bagi melegakan ibu bapa.

Menurut Ebit, kini mereka menghadapi masalah hidup dan golongan yang berkemampuan perlu membantu mereka seadanya. Sebahagian pemandu van/bas sekolah itu adalah kaum wanita yang cukup terkesan dengan pandemik Covid-19, katanya. 



Para pemandu bas/van sekolah ini mengucap terima kasih kepada tokoh amal/pendakwah bebas yang juga jutawan ini dan ramai yang memeluknya penuh terharu.

Sepanjang bulan November ini Ebit telah melakukan tiga kerja amal yang besar. 

Pada 8 November 2020, Ebit menghantar 10 tan barangan makanan ke Kota Kinabalu sementara pada Rabu, 15 November 2020 pula, tokoh amal ini menyewa 3 lori air untuk membantu penghuni flet di sekitar Subang Jaya.

Bagi Ebit hatinya tidak senang apabila mendapati terdapat ramai masyarakat yang perlu dibantu. Dan dia akan cuba membantu sedayanya.

Dalam ciapannya dalam Instagramnya, terdapat pemandu bas/van sekolah yang meminta pekerjaan di ElewsMart.



Berikut adalah tulisan lengkap Ebit Yew dalam Instagramnya:

“Sayu sebak petang ini bila driver bas dan sekolah minta bantuan. Saya hadiahkan sedikit barang dapur untuk 250 orang driver. Saya pack dari Elewsmart tadi. Ada beberapa orang saya beri sedikit duit belanja. 

"Sedih rasa, Tahun 2020 cuma 6 bulan ada pendapatan. 6 bulan lagi langsung tiada pendapatan. 6 bulan nak tampung setahun. Macam mana untuk kelangsungan hidup. Ramai yang jadi grab food, food panda dan jual kueh dan berniaga kecil-kecilan. 

"Tengah zaman hari ini nak mulakan perniagaan bukanlah senang. Ya Allah. Syarikat besar pun banyak tutup.Tengok mereka macam abang kakak. Ayah mak kita sendiri. Tengok ramai juga kakak-kakak driver van dan bas sekolah. Kasihan mereka. Ya Allah. 

"Ramai ucap terima kaseh. Mereka minta doa dan semangat untuk teruskan hidup. Ya Allah. Terasa macam keluarga sendiri. Ramai juga nak bergambar tadi. 

"Tanpa mereka. Susahnya mak ayah nak nak urus anak-anak ke sekolah. Kini semua mak ayah bekerja. Mereka memudahkan agar anak kita menjadi orang mulia dan berjaya. 

"Kini waktu ujian mereka pula. Marilah kita doakan dan cuba bantu mereka walau sedikit. Semoga Allah terima usaha kecil kita." - KitaReporters


0
1
1
0
0
You will be interested