Insan & Komuniti 26 Mar, 2022

Mahasiswa hampir putus asa hadir majlis konvokesyen! Selepas rumah kediaman dilanda banjir besar!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb [email protected]

Share this


BANJIR  besar luar biasa yang melanda Hulu Terengganu pada penghujung Februari 2022 lalu amat meruntum hati graduan Sarjana Muda Pengurusan Polisi, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Ashikin Alias @ Abdul Latiff, 26 tahun.

Rumah pusaka peninggalan arwah ibu dan ayah yang didiami bersama suami dan adik bongsu di Kampung Menerong, Hulu Terengganu tidak terkecuali daripada dilanda bencana tersebut.

Asyikin hampir berputus asa untuk membuat persiapan sempena majlis  konvokesyen ke 19 universiti tersebut kerana semua barangan penting di rumah tersebut  juga lenyap dihanyutkan bah besar.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan konvokesyen


Asyikin merakam gambar kenangan bersama suami selepas menerima ijazah sempena Majlis Konvokesyen Ke-19 UMT.


Menurutnya, pakaian konvokesyen bersama suami turut dihanyutkan oleh air banjir yang tidak disangka-sangka melanda kampung kediaman mereka.

"Fail sijil-sijil saya juga tidak sempat diselamatkan dan rosak ditenggelami banjir," katanya.

Beliau berkata, dia memang sedih dan terkejut kerana sepanjang hayat tidak pernah berlaku banjir besar sebegini.

Namun, katanya dia bersyukur kerana mereka sekeluarga selamat dan sempat menyelamatkan diri di kawasan yang lebih tinggi berikutan air naik secara mendadak. 

Katanya, barangan lain juga tidak dapat diselamatkan. 


Ashikin membersih lumpur selepas rumahnya dilanda banjir pada Februari 2022


"Sedih melihat barangan peninggalan arwah musnah namun saya kuatkan hati dan ditenangkan oleh suami. Insya-Allah selepas ini kami akan bangkit dan bina hidup baru," ujarnya.

Ashikin yang kehilangan ayah pada usia 18 tahun dan ibu pada usia 21 tahun hanya menumpang kasih adik-beradik sebelum mendirikan rumah tangga bersama suami Fahkrul Adli, 30, pada Disember 2021.

Berbekalkan semangat dan restu arwah ibu ayah, graduan Sarjana Muda Pengurusan (Polisi dan Sekitaran Sosial) itu terus melangkah kegarisan penamat menghabiskan pengajiannya di UMT untuk menggapai impian arwah ibu ayah.

Bertemu jodoh usai menamatkan pengajian, Ashikin amat bertuah kerana memiliki pasangan yang memahami minatnya untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi. - KitaReporters


16
16
1
10
0
You will be interested