Insan & Komuniti 08 Dec, 2022

Video| Ibu yang baik hati! Tak mampu beli kuih kerana alergik! Wanita belanja makan di Burger King!

@fitri hazim
Memulakan kerjaya sebagai wartawan penyiaran pada tahun 2016. Pengalaman dan peranan besar liputan Pilihan Raya Malaysia dan Bajet. Beralih sebagai wartawan akhbar serta banyak terlibat liputan jenayah dan bencana alam. ([email protected])

Share this


PERKONGSIAN seorang anak menunjukkan ibunya membantu seorang budak menjual kuih dengan membawa makan di sebuah restoran segera setelah tidak mampu untuk membeli jualan adik tersebut kerana alergik dan anak itu pula tidak menggemari kuih telah meraih perhatian dalam media sosial.

Menerusi video yang dimuat naik media sosial yang bernama @joshyeatsss, kelihatan seorang ibu melayan budak itu dengan begitu bersahaja untuk membelikannya makanan dengan niat meringankan beban membuatkan si anak tersentuh dengan kebaikan ibunya itu.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan mereka yang baik hati


Terjumpa seorang kanak-kanak yang berusaha gigih mencari rezeki. Memandangkan ibu alergik dan saya pula tidak menggemari kuih yang dijual adik itu, ibu saya membawa adik itu ke sebuah restoran makanan segera untuk meringankan bebannya.

“Kepada sesiapa yang ingin membantu, boleh mencari adik ini di sekitar kawasan TTDI di hadapan kedai Buger King,” kongsinya dalam laman aplikasi TikTok.

Rata-rata pengguna media sosial terharu dengan sikap prihatin si ibu itu dan mendoakan kesejahteraan beliau di atas kebaikan yang dilakukan.



“Semoga ibu kamu dirahmati dengan sikap terpuji beliau,” kata @PrettyBaegResources.

“Saya amat menyukai cara ibu kamu melihat adik itu seperti melayan anak sendiri,” jelas @adrianaabdulrahim.

“Saya amat gembira melihat momen ini,” tulis @Amanda. - KitaReporters 


10
11
0
8
0
You will be interested