Insan & Komuniti 14 Dec, 2022

Pelajar bersalin di dalam tandas! Sedang ambil peperiksaan! Bayi meninggal! Warga pendidik terkejut!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: [email protected]

Share this

MAYAT bayi baru dilahirkan yang dibuang oleh seorang pelajar di sebuah SMA di Serang Baru, Bekasi, Jawa Barat dihantar ke hospital untuk dibedah siasat pada 5 Disember 2022. - Kredit foto : News.id


KETIKA rakan-rakannya sedang tekun mengikuti peperiksan ujian akhir tahun 2022, tiba-tiba seorang pelajar mengadu sakit perut untuk pergi ke tandas sebelum dia melahirkan seorang bayi di sebuah Sekolah Menengah Atas (SMA) di Serang Baru, Bekasi, Jawa Barat, Indonesia pada 5 Disember 2022 lalu. 


Lagi cerita-cerita masyarakat berkaitan bayi-bayi

  

ANGGOTA polis menjalankan siasatan di lokasi penemuan mayat bayi perempuan. - kredit foto : Infobekasi co.id


Mangsa yang bernama PS, 17, itu dikatakan selepas bersalin seorang diri di dalam tandas lalu PS bertindak membuang mayat bayi perempuan itu berhampiran pagar sekolahnya pada pukul 10.45 pagi  sebelum dijumpai seorang penduduk kampung.

Ketika ditemui, mayat bayi itu masih lagi mempunyai tali pusat dibungkus dengan sehelai jekat sekolah berwarna biru.

Berita PS melahirkan anak luar nikah itu, amat mengejutkan guru-guru serta rakan-rakannya di SMA terbabit kerana sebelum itu mangsa dilihat tidak menunjukkan sebarang tanda dia sedang hamil dan boleh dikatakan setiap hari mangsa datang ke sekolah apatah lagi PS juga seorang pelajar  pendiam. 


JAKET sekolah berwarna biru yang digunakan untuk membungkus mayat bayi perempuan sebelum dibuang oleh seorang pelajar di tepi pagar di sebuah SMA di Bekasi, Jawa Barat. - Kredit foto : Istimewa


Ketua Polis Serang Baru, AKP Josman Harianja, dalam laporan portal berita detik.news dipetik berkata, awalnya PS masuk kelas untuk menjalani peperiksaan tersebut dan selepas itu dia mengadu sakit perut meminta kebenaran dengan guru pengawas untuk pergi ke bilik air. 

Menurut Josman, di bilik air di sekolahnya, mangsa dipercayai bersalin bersendirian tanpa bantuan sesiapa dan mayat bayi itu lalu dibuang dan ditinggalkan di tepi pagar sekolah. Kemudian mangsa pulang ke rumahnya.

‘’Polis menjalankan siasatan berdasarkan bahan bukti logo di jekat SMA terbabit yang mengatakan PS ada mengadu sakit perutnya memulas untuk pergi ke tandas ketika peperiksaan sedang berlangsung tetapi setelah keluar PS tidak memasuki semula ke dalam kelas.

‘''Selepas itu, pegawai polis pergi ke rumah PS dan mangsa mengaku dia membuang bayi yang dilahirkannya dan mangsa juga mengatakan bayi yang dilahirkannya adalah hasil hubungan sulit dengan kekasihnya iaitu seorang pelajar bernama, MF, 16, yang masih belajar di sebuah SMA di Cibarusah, Bekasi,'' kata Josman.


Kredit foto : Bekasikinian.com


Berikutan dengan pengakuan PS itu, anggota polis telah menahan MF untuk tindakan selanjutnya dan mereka dikatakan menjalin hubungan cinta sejak dua tahun lalu. 

Sebelum kejadian, MF telah mengajak PS untuk mengugurkan bayi  itu tetapi PS tidak bersetuju.

‘’Sebenarnya, mereka sudah lama berusaha pelbagai cara untuk membuang bayi yang PS kandung itu tetapi tidak berhasil,’’ kata Josman lagi. - KitaReporters


Kredit foto: Polsek Serang Baru

12
16
0
14
2
You will be interested