Insan & Komuniti 15 Jul, 2025

Lebih 100 nelayan Perlis disantuni! LKIM turun padang! Serah pelbagai bantuan bernilai lebih RM96k!

@nazar hashim
Emel: nazarhashim10@gmail.com

Share this

Muhammad Faiz Fadzil menyampaikan sumbangan kepada nelayan Perlis semasa turun padang ke PNK Perlis Selatan.


Pelbagai bentuk bantuan dan sokongan akan terus diberikan kepada nelayan yang berada dalam kesulitan.

Ini termasuklah bantuan pukat, bakul makanan, elaun sara hidup, enjin, bantuan bina rumah baharu, baik pulih rumah dan sebagainya bagi memastikan nasib nelayan terus diberi pembelaan.

Rentetan daripada itu, inisiatif segera diambil oleh Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Muhammad Faiz Fadzil dengan turun padang bagi menyantuni an menyerahkan pelbagai bantuan bernilai RM96,000 kepada lebih 100 nelayan di bawah seliaan Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Perlis Selatan di Chalet Nelayan Kuala Sungai Baharu pada Jumaat 11 Julai 2025.


Faiz menyampaikan bantuan enjin kepada salah seorang nelayan terbabit.

Dalam pertemuan tersebut beliau beramah mesra dan mendengar masalah yang dihadapi nelayan kawasan terbabit. Sehubungan itu, bantuan bakul makanan turut diagihkan.

Manakala Insentif Bantuan Peralatan Penangkapan Ikan dengan peruntukan RM60,000 iaitu enjin 40 kuasa kuda disumbangkan kepada 2 orang nelayan aktif (PNK Perlis Selatan dan PNK Kuala Perlis) di mana enjin lama sudah rosak.

Juga disumbangkan dalam majlis tersebut ialah bantuan sampan kepada seorang nelayan dan 3 orang lagi menerima bantuan pukat.

Sementara itu subsidi minyak petrol pula diberikan kepada 85 vessel Zon A dan subsidi minyak diesel pula diberikan kepada 2 vessel Zon A dan 2 vessel Zon C.

Sebanyak 2 buah rumah nelayan telah dibaik pulih dan sebuah lagi adalah rumah baharu yang dibina bagi nelayan yang layak pada tahun ini (2025).

Walau bagaimanapun ujar beliau, sejumlah 190 buah rumah baik pulih dan 2 buah rumah bina baharu telah disempurnakan melalui Program Khas Perumahan Nelayan bagi tahun 2012 sehingga 2024.


Seorang lagi nelayan Perlis yang mendapat sokongan dan bantuan dari LKIM.

Dalam program turun padang tersebut , Faiz turut menyampaikan sumbangan Bantuan Bencana Alam dan Kebajikan Nelayan berjumlah RM11,000  kepada seorang nelayan yang rumahnya terbakar. Turut disumbangkan ialah RM4,000 kepada seorang nelayan yang mana botnya telah karam.

Bantuan sejumlah RM600 turut diberikan kepada nelayan yang pukatnya rosak akibat ribut di laut baru-baru ini. Khairat kematian sebanyak RM1500 setiap orang juga disumbangkan kepada 9 keluarga nelayan. - KitaReporters


Semua penerima  bersama Faiz selepas majlis penyampaian bantuan nelayan di Kuala Sungai Baru.

17
11
0
13
0
You will be interested