Watch on TikTok
Mesti anda pernah dengar simpulan bahasa Inggeris berbunyi ‘don’t jugde a book by its cover’ yang membawa maksud jangan menilai seseorang hanya dengan memandang penampilan luaran.
Sebagai manusia biasa, kita sukar untuk mengelak daripada melakukan perbuatan tersebut. Tetapi percayalah, kalau kita sentiasa berfikiran positif, lama-kelamaan sikap itu akan hilang.
Sikap suka
menilai seseorang berdasarkan penampilan sering kita dengar berlaku di
kedai-kedai mewah dan berjenama. Ada pelanggan berpakaian biasa-biasa seperti
memakai selipar atau kemeja-T dilarang atau tidak dilayan oleh pembantu jualan
di kedai tersebut.
Mereka menganggap pelanggan seperti itu tidak berduit dan hanya membuang masa sekiranya dilayan. Padahal pelanggan tersebut orang kaya berjiwa sederhana.
Inilah yang terjadi andai kita bersikap menilai seseorang berdasarkan penampilan.

Ada juga yang suka menilai berdasarkan rupa atau wajah. Asal kulit cerah, muka jambu dan cantik, mesti bekerja di pejabat. Manakala kalau berkulit gelap, muka bengis, jambang dan misai bersepah, mesti kerja sebagai pemandu lori atau penarik kereta.
Nampak lucu tapi itulah kenyataannya.
Inilah yang ingin disampaikan oleh seorang pengguna TikTok bernama Azhar Nasir.
Menurutnya, ramai orang menyangka dia bekerja sebagai pemandu lori, sedangkan dia bekerja di kedai bunga sebagai penggubah bunga. Sangkaan itu berpunca daripada penampilan dan wajahnya yang berjambang serta garang.
Watch on TikTok
“Muka macam ni
mesti kerja bawa lori towing,”
tulisnya berseloroh.
Dalam video yang
dikongsi, kelihatan pada mulanya dia mempamerkan wajahnya yang kelihatan garang
dan berjambang. Kemudian tanpa disangka, dia sedikit demi sedikit mempamerkan
pekerjaan sebenarnya iaitu menggubah bunga di sebuah kedai bunga.
Tidak pasti sama ada kedai bunga tersebut miliknya atau dia hanya pekerja. Namun, bakatnya mengubah bunga sangat terserlah dan membuatkan ramai netizen kagum. Yelah, tak sangka muka garang tetapi pandai gubah bunga.

“Dulu masa sekolah, ada kawan lelaki. Kalau cuti sekolah je dia kerje dekat kedai bunga gubah bunga. Saya tak faham kenapa lelaki nak kerja gubah bunga. Sekarang, dah dewasa ni baru faham gubah bunga ni kemahiran, seni, bakat yang tak semua orang ada,” tulis salah seorang netizen yang kagum.

Ada juga yang meminta tip tentang penjagaan bunga setelah tahu orang yang disangkakan kerja pemandu lori, rupa-rupanya penggubah bunga.
“Bang nak tanya kalau dapat bunga yang konvo tu macam mana nak bagi jaga tak nak layu cepat ya,” tanya netizen.

Manakala seorang lagi netizen berkongsi cerita lebih kurang sama. Menurutnya dia mempunyai ayah seorang askar tetapi suka tanam bunga.
“Ayah askar tapi suka tanam pokok bunga. Dia kata bunga ni macam satu terapi untuk dia. Masa dia sakit, orang ziarah dia mesti balik tu bawa balik anak pokok bunga yang dia tanam sebab geram tengok pokok bunga semuanya,” ceritanya.

Justeru, apa yang kita dapat pelajari daripada kisah ini ialah jangan mudah menilai seseorang berdasarkan penampilannya.
Ada sesetengah orang, mereka tidak mahu terlalu menonjol. Ada sesetengah orang pula, walaupun memiliki muka garang, tapi dalam hati ada taman. - KitaReporters
