Insan & Komuniti 11 Feb, 2025

Diari Pengembaraan| Video| Kayuhan Basikal Musafir Malaysia ke Mekah 2025! Tanggal 2 - 7 Feb 2025!

@che saad noordin
Che Saad Noordin bekas stringer Bintang Timur, Utusan Malaysia/Utusan Melayu, Watan Harian, TV3, RTM dan Bernama untuk daerah Baling dan sekitarnya

Share this


Berikutan catatan ringkas pengembaraan Kayuhan Basikal Musafir Malaysia ke Mekah 2025:

7 Februari 2025: Hari yang ke-29

Alhamdulillahh sepanjang kayuhan diraikan oleh penduduk Thailand beragama Islam dan bukan Islam. Terharu amat dengan kemesraan yang ditunjukkan. Alhamdulillah.

Malam ini kemungkinan kami bertiga berkayuh waktu malam menuju ke Chumpon hingga ke Bangkok.
Cuaca panas di wilayah laluan kayuhan kami sehingga sepakat untok berkayuh waktu malam. Insya-Allah.


7 Februari 2025:

Kenangan indah turut dirakam bersama pelajar lelaki dan perempuan kelas bacaan Muqadam dan Al-Quran Masjid Al-Ikhlas, Kampong Tha Thong Mai, Surat Thani, Thailand.




7 Februari 2025:

Solat Jumaat di Masjid Al-Ikhlas, Kampong Tha Thong Mai,  Surat Thani, Thailand.

Terima kasih Imam Masjid Al-Ikhlas, Ustaz Faiz al-Nadwi yang meminta kami bermalam di masjid ini malam ini dengan menyediakan makanan dan minuman untuk kami.
Terima kasih masyarakat Kampong Tha Thong Mai yang amat berbudi bahasa.



6 Februari 2025:

Di kedai basikal bandar Surat Thani, Thailand. 




5 Februari 2025: 

Alhamdulillahhh... Ketika kami bertiga menghadapi masalah basikal rosak, tiba tiba muncul insan mulia pemilik di "Roti Bang" di daerah Surat Thani, Thailand membantu kami.
Seharian hari ini kami tidak menjamah makanan. Insan mulia ini bersama isteri beliau membawa kami di kedai mereka di Roti Bang dan menyediakan makanan dan minuman serta menguruskan penginapan kami malam ini.
Syukur alhamdulillah... Masih ada insan yang mulia hatinya terhadap kami bertiga musafir kayuhan ke Mekah. Aamiin.



5 Februari 2024:

Kembali berkayuh pagi ini Rabu 5 Februari 2025, jam 8.15 pagi waktu Thailand. Insya-Allah petang ini sampai Surat Thani. Lagi 65 kilometer.

Doakan kayuhan musafir kami bertiga sahabat-sahabatku.




4 Februari 2025:

Pagi ini sebelum berkayuh diraikan oleh pihak Pondok Bantan Nakhorn Sitamarat. Hadir adalah Ustaz Wan Yahya Ismail dan semua ustaz dan pelajar berjumlah hampir 2 ribu orang. 





2 Februari 2025:

Di mana keletihan terus berhenti berehat dan terlena. Tanpa mengira tempat, tapi perjuangan tetap diteruskan. Niat untuk mengerjakan haji dan umrah.
Semoga Allah permudahkan kayuhan musafir kami bertiga hingga sampai ke Mekah, Arab Saudi. - KitaReporter


16
13
0
11
0
You will be interested