Insan & Komuniti 30 May, 2025

Masih Ada yang Sayang! Perjumpaan pesara, balu anggota unit semboyan! Dalam suasana suka dan duka!

@abd razak osman
Bekas stringer Kosmo! dan mempunyai pengalaman lebih 40 tahun dalam media. Pernah bertugas di Berita Harian, Harian Watan dan Bernama. Menulis selagi masih hidup. Emel: razakosman1950@gmail.com

Share this

Pengunjung berpeluang membeli pelbagai cenderahati ATM yang dijual pada Program Masih Ada yang Sayang 2025 di Dewan TokZul Food Garage Sungai Lalang, Sungai Petani, Kedah pada 24 Mei 2025.


Demi mengeratkan hubungan yang baik, satu program Masih Ada Yang Sayang 2025 berlangsung dalam keadaan suka dan duka di Dewan TokZul Food Garage Sungai Lalang, Sungai Petani, Kedah pada 24 Mei 2025.
Kira-kira 100 orang, termasuk pesara tentera yang pernah berkhidmat di Rejimen Semboyan Diraja, Tentera Darat Malaysia (TDM) di seluruh negara turut hadir pada program itu.
Program diadakan itu anjuran Ex-Perintis Putera Semboyan Diraja (Zon Utara), TDM Negeri Kedah.

Zulkifli Ahmad (kiri) dan Rahimah Abd Rahim (tengah) menyanyikan lagu Negaraku sebelum majlis perasmian dilakukan.


Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Raihan Prihatin Malaysia, Rahimah Abd Rahim ketika merasmikannya berkata, banyak cabaran terpaksa dilalui pesara-pesara tentera.

Katanya, ada antara mereka yang sanggup berpindah randah, termasuk pernah berkhidmat di Congo sebelum bersara.

"Pengorbanan dan jasa yang mereka lakukan pada masa lalu akan terus dikenang," katanya lagi.
Pengerusi program itu, Zulkifli Ahmad pula berkata, usaha dilakukan agar perjumpaan seumpama ini dapat diadakan bagi mengeratkan hubungan mesra antara satu sama lain, walaupun ada dalam kalangan anggotanya kini ramai mengidap pelbagai jenis penyakit.
"Hendaknya semua pesara dan balu tentera akan terus ceria setelah dapat menemui rakan lama yang pernah sama-sama berkhidmat di unit semboyan," katanya.

Seorang pesara tentera, Abd Manaf Yahya dari Sungai Kob, Kulim mendeklsmasi puisi bertajuk Jasa Pahlawan.


Rahimah Abd Rahim (tengah) menyampaikan sumbangan kepada seorang balu tentera.


 Bagi memeriahkan perjumpaan itu, beberapa atur cara disusun, termasuk pesara dan balu tentera menyanyi lagu, Inilah Barisan Kita diikuti satu deklamasi puisi bertajuk, Jasa Pahlawan oleh Abdul Manaf Yahya dari Sungai Kob, Kulim dengan penuh perasaan.

Sempena program itu, Zulkifli berkata, satu tabung khas telah dilancarkan dan wang yang dikumpul akan digunakan oleh pihak jawatankuasa untuk lawatan melihat rakan yang sakit dan sebagainya.
Turut hadir wakil Pegawai Pemerintah Skuadron Semboyan Briged Kem Sungai Layar, Ariff Shazani Norhisam. KitaReporters

Pesara dan balu tentera yang hadir turut menyanyikan lagu Inilah Barisan Kita pada program itu. 

12
8
0
11
0
You will be interested