ADAKAH nenda (Lady Diana) memeluk ayah seperti mana ayah memeluk kami sekarang?
Tu soalan Putera Louis, anak ketiga Putera Wales, William dan Kate Middleton kepada ayahandanya ketika melawat pusara nendanya, Lady Diana di tasik khas yang dibina di kediaman Althorp.

Kredit foto: InStyle
Ya...memang nenda kamu seorang yang penyayang dan suka memeluk kami. Sebab tu kamu boleh rasakan kasih sayang daripada kami, sama jika nenda kamu masih hidup.
Pertanyaan yang jarang keluar daripada mulut seorang kanak-kanak berumur tujuh tahun. Apalagi dari anak-anak William yang membuatkan pasangan pewaris takhta England tu terdiam.
Mereka tidak menyangka Louis akan bercakap sedemikian. Sebelum itu, Louis yang pegang sekeping nota yang Kate tulis masa Louis bercakap dan sejambak bunga untuk memperingat Diana turut memberitahu mesti nenda tersenyum apabila dengar dia bercerita itu.
Ketika tu seekor pepatung yang hinggap di hujung nota tu membangkitkan rasa teruja putera bongsu tu.."Haaaa, ni mesti nenek ada di sini."

Sudah beberapa kali mereka menziarahi pusara Lady Diana yang tengah pulau kecil di tasik itu dengan menaiki bot tapi jarang Louis bercakap begitu.
Putera Louis adalah cucu Diana yang digelar paling nakal dalam keluarga kerabat diraja England itu.
Dilahirkan sebagai Putera Louis of Wales dan nama penuhnya ialah Louis Arthur Charles, sempena memperingati Raja England itu. Louis berumur tujuh tahun dilahirkan April 2018.
Louis ada abang, Putera George dan kakak, Puteri Charlotte yang masing-masing bakal pewaris takhta raja England.
Louis dianggap mewarisi sifat Diana yang suka menari. Lucu dan lincah, nakal serta ceria seperti Putera Harry. Kalaulah Diana masih hidup, sudah pasti Louis bakal menjadi penghibur keluarga.
Apabila sudah dewasa, Louis yang lebih "bebas" akan menjadi "jambatan" England-AS yang pastinya menjaga keluarga dua anak Diana itu supaya bersatu.

Lady Diana pernah belajar tarian balet dan mempunyai impian untuk membuat persembahan balet ke pentas dunia. Jika masih hidup selepas bercerai, dia sepatutnya berhijrah ke Amerika untuk bergiat dalam industri filem.
Sebab kekasihnya Dodi al-Fayed adalah penerbit filem.
Jika darah seni Diana tu ada dalam diri Louis. Nampaknya Louis boleh aktif dalam teater seperti mana William Shakespear yang terkenal sebagai raja teater.
Dengan sikap Louis yang lebih terbuka itu, dia lebih bebas untuk berbuat perangai sebagaimana Harry yang nakal dan suka menggembara pada waktu muda.
Malah dari segi perangai mungkin senakal datuknya, Raja Charles yang hidupnya meriah dengan hiburan dan ada ramai gundik.
Louis lebih beruntung, beza dengan Putera George dan Puteri Charlotte yang dididik penuh disiplin sebagai bakal putera, puteri mahkota pada masa hadapan.
Sebab tu juga Louis sangat rapat dengan Harry yang pindah dan kini menetap di Amerika Syarikat (AS) selepas meletakkan jawatan sebagai kerabat diraja bekerja pada 2020.

Pakcik dan anak buah... Di kiri ialah Putera Harry dan di kanan ialah Putera Louis. - Kredit foto: Harper's Bazaar
Dalam satu gambar Louis digambarkan sedang memeluk erat kaki Harry, enggan melepas bapa saudaranya naik ke kereta. Ketika Harry meninggalkan Istana Buckingham, Louis dalam usia tiga atau empat tahun.
Harry pula ada dua anak hasil perkongsian hidup dengan Meghan Marckle pelakon Hollywood iaitu Lilibet Diana Mountbatten-Windsor dan "Archie" Archibald Harrison Mountbatten-Windsor.
Harry dan Meghan digelar Duke and Duchess of Sussex.
Tidak hairanlah jika Louis juga bertanya kepada keluarga kerabat diraja tu, "Kenapa Uncle Harry sudah lama tidak pulang?"
Satu soalan yang "meletup" membuat semua anggota diraja yang sedang berhimpun dalam satu majlis makan malam tu macam "makanan terlekat di kerongkong".
Raja Charles termanggu seketika. William dan Kate pula terpaku, tak sangka anaknya lantang sungguh mengemukakan soalan itu yang membuatkan mereka "bisu" sebab "terjerat peraturan istana" tidak boleh bercakap banyak.

Louis juga dilaporkan cucu yang paling disukai Raja Charles kerana lincah dan aktif. Mungkin juga raja sedang melihat cerminan dirinya.
Charles tidak rapat sangat dengan William dan Harry masa mereka kecil. Banyak masa dua putera itu dihabiskan dengan Lady Diana.
Kini Louis menjadi cucu yang tidak boleh duduk diam dalam acara rasmi dan kerabat terpaksa "buat bodoh" dengan pura-pura tidak nampak kelakuan putera tu yang boleh menari sesuka hatinya, duduk di atas riba datuknya, Charles tanpa batasan protokol.
Charlotte juga menjadi kakak pujaan Louis. Bila bertemu rakyat dapat hadiah coklat dan bunga, terus Louis berlarian bagi hadiah itu pada kakaknya.
Lady Diana sudah hampir 28 tahun meninggal dunia. Sejak nahas di Paris pada 31 Ogos 1997 tu, generasi tua Ratu Elizabeth sudah semakin menamatkan empayar sebagai penjajah.
Walaupun masih ada berpuluh-puluh lagi jajahan Komanwel tapi hubungan tu sudah kian lupus ditelan masa. Ini kerana selain ratu sebagai penaung sejak 100 tahun lalu dah tiada, ketua negara jajahan pun berganti baharu.
Maka jika ada usaha menghapuslan nama Lady Diana, ia tinggal impian yang berkecai saja sebabnya cucu cicit Lady Diana akan jadi generasi baru ketuai England.
Maka nama Lady Diana kekal harum, mungkin untuk satu dua dekad lagi. - KitaReporters
