Namun kini terdapat sejumlah kaum wanita melakukan kerja berat kaum lelaki. Salah satu daripadanya ialah memandu jengkaut. Antaranya ialah Khun Zhang, 35, dari Heze, wilayah Shandong, utara China.
Khun Zhang selesa menjadi pemandu jengkaut
Walaupun bekerja lasak, namun sebagai wanita naluri kewanitaannya masih kental. Dia tetap suka warna merah jambu (pink) kegemaran kaum wanita.
Lalu dia membawa jengkaut ke sebuah bengkel cat untuk mengecat semula jengkaut warna kuningnya kepada warna merah jambu (pink) dan meletakkan beberapa wajah karikatur Hello Kitty di beberapa bahagian pada jengkautnya.

Dan ia membawa tuah kepadanya apabila semakin ramai pengusaha setempat dan sekitarnya berminat mendapatkan khidmat Khun Zhang bersama jengkaut Hello Kittynya.
Ia membuat tugas harian Khun Zhang semakin sibuk dan kantungnya semakin menebal.
Zhang turut aktif dalam laman sosial dan dikenali ‘Ratu Jengkaut’ (Excavator Empress) dan memiliki ramai pengikut.

Khun Zhang mula mengendalikan jengkaut pada tahun 2019 apabila disuruh oleh suaminya Jang.
Oleh kerana terlalu mencintai suaminya yang dikatakannya lelaki kacak, membuat Khun Zhang sedia menjadi pemandu jengkaut bagi membantu kewangan keluarga.
Tetapi Khun Zhang memberi alasan berbuat demikian menyebabkan sang suami mengalah.
Dan kini dengan sambutan baik terhadap perkhidmatannya, membuat Khun Zhang semakin selesa melakukan tugasnya dan akan terus bekerja sedemikian untuk beberapa tahun lagi. - KitaReporters
Jang dikatakan suami tampan oleh Khun Zang