Penduduk negeri Perlis khususnya dan dermawan khasnya d ajak bersama-sama menyumbang dana kepada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putra, Kangar.
Sukarelawan Persatuan Pendidikan Putra Perlis (PPPPs), Muhammad Saniy Samsudin berkata, sumbangan kewangan diperlukan segera bagi menyiapkan surau yang boleh digunakan oleh lebih 900 pelajar sekolah itu.
Katanya, sumbangan itu pasti dapat menyegerakan proses menyiapkan surau yang akan digunakan bulan sahaja untuk solat dan aktiviti fardu ain malah akan digunakan juga untuk perbincangan dan aktiviti pelajar sekolah itu khususnya.
“Saya yakin dan percaya sekiranya semua pihak termasuk para dermawan bersatu hati menghulurkan sumbangan surau itu pasti akan disiapkan segera,” ujarnya lagi.
Muhammad Saniy yang sebelum ini pernah terlibat dengan projek menyiapkan surau asrama SMK Pulau Jitra, Kedah bernilai RM170,000, yakin penglibatan orang ramai dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) nanti dapat menyiapkannya segera.
Bagi mereka yang ingin menyumbang kepada pembinaan surau sekolah ini bolehlah salurkan derma tau infak mereka melalui akaun Bank Islam 0901 0010 014417 (Tetuan PIBG, SMK Putra) dan hantar salinannya kepada 01118967674 (Setiausaha PIBG Cikgu Shahrul). - KitaReporters
Muhammad Saniy Samsudin merayu orang ramai membantu bagi menyiapkan surau sekolah.