Insan & Komuniti 26 May, 2025

Video| Dulu panggil Mak Ngah, kini Sayang! Kalau dah jodoh! Suami, 47 tahun, dan isteri, 70 tahun!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
.


Tarikh 25-5-25 itu ditunggu oleh ramai untuk berumah tangga agar tarikh cantik ini memberi keberkatan dan kebahagiaan hidup sehingga ke akhir hayat. 

Sempena tarikh cantik ini, satu majlis Kenduri Kahwin Beramai-ramai Parlimen Lenggong, Perak diadakan di Dewan Kolej Kemahiran Tinggi MARA, Lenggong dan berlangsung meriah dengan kehadiran ramai tetamu.

Program tahunan ini anjuran bersama Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Tampan serta Majlis Pelancongan Lenggong.



Sebanyak 24 pasangan pengantin dirai, namun tetamu lebih tertumpu kepada satu pasangan  pengantin.

Pasangan ini menarik perhatian kerana pengantin lelaki, Mohd. Shaiful Nizam Yeop Mat Isa, berusia 47 tahun, sementara pengantin wanitanya, Rapeah Sani, berusia 70 tahun.

Biasanya jika perkahwinan melibatkan jarak usia yang agak jauh biasanya si lelaki lebih berusia daripada si wanita. Tetapi kali ini terbalik. 

Ia merupakan perkahwinan ketiga bagi Rapeah. Pertunangan berlangsung pada pada 7 April 2025 iaitu ketika Hari Raya Aidilfitri.


Tak sangka, dulu kawan kini suami isteri

Bercerita mengenai detik pertemuan, Mohd. Shaiful Nizam berkata, jodohnya bersama Rapeah bermula apabila dia yang sebelum ini mencari rezeki di Kuala Lumpur mengambil keputusan pulang ke kampung di Lenggong pada Oktober 2024 dan berjiran dengan Rapeah.

Dan Rapeah sering memberi Shaiful makanan sehingga membuat hatinya terpikat pada janda itu yang sudah dianggap kakak baginya. Malah ketika itu Shaiful memanggil Rapeah sebagai Mak Ngah.

Lalu Shaiful memberitahu hasratnya kepada ibunya yang tidak membantah lalu terus meminang. Dan Rapeah tergerak hati untuk kembali menjadi isteri ketika usia semakin menua dengan beza usia 23 tahun. 

Itulah dinamakan takdir dan jodoh yang ditentu Allah S.W.T. 

Sementara itu, Shaiful berjanji untuk menjaga isterinya sehingga ke akhir hayat. Dia kini membahasakan isterinya sebagai ‘sayang’ bagi membuktikan keiklasannya mengahwini Rapeah.


Antara pasangan yang mengadakan majlis resepsi berammai-ramai di Lenggong. Perak pada  25 Mei 2025. - Kredit foto: Suara Kini


Majlis kahwin beramai-ramai ini mendapat liputan beberapa media cetak dan media elektronik tempatan.

Menurut media Suara Kini, turut hadir pada majlis itu adalah Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad; dan Timbalan Menteri Dalam Negeri merangkap Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah. - KitaReporters

Kredit foto: Siakap Keli

11
7
0
14
0
You will be interested