
Adly Zahari (tengah) berbual dengan seorang anggota veteran ATM yang terlantar, Shamsul Salam Abdullah dari Taman Dahlia di Langkawi pada 23 Mei 2025.
Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa 2025 (LIMA’25) yang berlangung dari 20 hingga 24 Mei 2025 di Langkawi, Kedah telah pun berakhir pada 24 Mei.
Sehubungan itu, Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari telah meluangkan masa untuk bertemu dengan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan balu tertera yang berada di sekitar Pulau Langkawi pada 23 Mei 2025 lalu.
Pertemuan diadakan sempena Program Peduli Veteran Madani (PVM) anjuran bersama Kementerian Pertahanan (Mindef) dan Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV ATM) dalam usaha mendekati dan mengenal pasti keperluan para veteran ATM dari semasa ke semasa.

Timbalan Menteri Pertahanan menyerahkan Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada balu anggota tentera.
Pada program itu, tujuh rumah veteran ATM di Langkawi yang mempunyai pelbagai latar belakang termasuk veteran hilang upaya, sakit kronik, balu dan usahawan telah dikunjungi.
Mereka tinggal di beberapa lokasi, termasuk Taman Dahlia, Kampung Seberang Kelibang, Kampung Lubuk Setol, Kampung Air Hangat, Kampung Sungai Itau, Perumahan KEDA Kampung Wang Tok Rendong dan Perumahan KEDA Kuah.
Beliau turut menyerahkan Pingat Jasa Malaysia (PJM) dan menyampai kad veteran ATM, bantuan peralatan kesihatan dan peralatan kemudahan kepada usahawan veteran ATM.

Katanya, program diadakan ini, banyak memberi pelbagai kebaikan dalam usaha meningkatkan taraf sosioekonomi melalui inisiatif Program Outreach (Penyantunan) Veteran ATM khususnya semasa diadakan lawatan di kawasan-kawasan yang dikenal pasti.
"Usaha memperkasa kebajikan veteran ATM dan anggota keluarga akan terus diperkemas," katanya.
Menurutnya, kutipan Kempen Tabung Pahlawan (KTP) dalam kalangan korporat dan orang perseorangan sejak KTP dilancarkan pada 31 Julai 2024 dan akan berakhir pada 31 Julai 2025 banyak mencapai kejayaan.

Adly Zahari (kiri) berada di rumah seorang pesara tentera dari Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Azali Damin dari Kampung Sungai Itau, Langkawi.
Sementara itu, Pengarah JHEV ATM cawangan Kedah, Perlis dan Pulau Pinang; Mejar Mohd Izmer Ghazali berkata, banyak pihak memberi kerjasama dengan adanya aktiviti seumpama ini, termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah Langkawi.
"Setiap masalah yang dihadapi pesara ATM dan balu akan diberi perhatian serius dan kerjasama awam serta pihak swasta amat diperlukan dalam menangani setiap perkara itu," katanya lagi.
Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah JHEV ATM; Sophian Isswandy Ismail. - KitaReporters
Tags:
#Langkawi
#Pulau Langkawi
#bantuan
#Timbalan Menteri
#veteran
#balu
#Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
#orang kurang upaya (OKU)
#veteran ATM
#Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
#Kementerian Pertahanan (Mindef)
#outreach (penyantunan)
#program outreach
#Malaysia Madani
#Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA)
#LIMA 2025
#Adly Zahari
#Peduli Veteran Madani (PVM)
#Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM
#balu tentera
#veteran OKU
#Pingat Jasa Malaysia (PJM)
#kad veteran ATM
#Kempen Tabung Pahlawan (KTP)
#Tabung KTP
#Mohd Izmer Ghazali