Insan & Komuniti 18 Nov, 2023

Video| Nauzubillah! Percaya pada feng syui promosi jual beli tanah! Kak KM dinasihat segera taubat!

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: [email protected]

Share this


Sebut sahaja nama Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli, pasti tiada yang lain ada dalam fikiran iaitu kontroversi dan kontroversi. Malah, anak kepada pelakon terkenal Normah Damanhuri ini, boleh dilabelkan sebagai diva kontroversi. 

Apa sahaja yang dilakukan atau diperkata olehnya, pasti mencetuskan kontroversi. Bukan artis, bukan selebriti tetapi pempengaruh media sosial ini didakwa sengaja mencetuskan provokasi ke atas diri sendiri demi melariskan bisnes yang diterajuinya.


Kawasan yang didakwa oleh Kak KM mempunyai feng syui yang bagus.


Sehebat mana pun kecaman dan cacian dilontarkan kepadanya, sudah menjadi alah bisa tegal biasa. Tidak sedikitpun menjadi kudis buat dirinya. 

Bukan orang biasa, malah para agamawan juga sudah puas menasihatinya tetapi ia seperti angin berlalu. Berhembus sekejap kemudian hilang.

Pada 16 November 2023, Kak KM dilihat membuat hantaran dalam Instagramnya mengenai jual beli tanah. Dalam hantaran tersebut, kelihatan dia bersama ahli keluarga dan pihak terlibat pergi melawat kawasan tanah tersebut.



Namun, apa yang menarik perhatian, apabila dia mengaitkan kedudukan baik tanah tersebut dengan feng syui iaitu kepercayaan kaum Cina mengenai kedudukan, susun atur atau geografi sesuatu lokasi atau tempat. Kepercayaan ini penting dalam pemilihan tempat tinggal, persemadian dan perancangan pertanian.

Sudah tentu sebagai orang Islam, kepercayaan ini tidak boleh diimani kerana rezeki dan baik buruh sesuatu itu adalah milik Allah SWT. Hanya kepada Allah SWT sahaja kita boleh memohon dan meletakkan kepercayaan soal rezeki dan baik buruk ini.



“Feng yhui yang bagus, depan tasik putaran angin yang betul. Siapa yang beli tanah kat sini nescaya akan kaya seumur hidup. "Masih ada lot kosong untuk anda. Apa kata kita berjiran. Bulan ni ada diskaun 100k. Nak tau lebih lanjut, DM (direct message),” tulisnya yang turut membeli tanah di situ.

Kenyataan tersebut memperlihat diva kontroversi ini percaya dengan kepercayaan tersebut. Malah, dia mengajak pula orang ramai mempercayainya. 

Justeru, ada beberapa orang netizen tampil memberi nasihat kepadanya. Kepercayaan tersebut adalah khurafat dan syirik serta amat bertentangan dengan akidah dan membawa dosa besar.



“Feng syui syirik. Hati-hati dalam berkata. Iman, maksudnya bukan sekadar dalam hati. Maksud iman, ialah pengakuan dengan hati, lisan dan perbuatan. Tiga komponen tu dikira. 

"Percakapan menggantungkan diri kepada selain daripada Allah, akan menjatuhkan diri dalam syirik. Hati-hati,” nasihat individu tersebut.

Semoga Kak KM diberi taufik dan hidayah. Doakan yang baik-baik untuknya. Mana tahu satu hari nanti Allah SWT membuka pintu hatinya untuk berubah. Amin. - KitaReporters


8
13
0
11
0
You will be interested