Insan & Komuniti 26 Oct, 2023

Wow amazing! Netizen kagum semua pembaca berita RTM pakai mafla solidariti Palestin! Hidup RTM!

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: [email protected]

Share this


Tidak dapat dinafikan Malaysia antara negara di dunia ini yang lantang memperjuang nasib rakyat Palestin baik daripada pemimpin sehinggalah ke rakyat marhaen.

Masing-masing ada cara tersendiri mempamerkan solidariti terhadap Palestin. Seperti lirik dalam lagu Perwira nyanyian Biduanita Saloma, “kekanda di medan perang, adinda di medan seni, sama-sama berjuang, sama-sama berbakti”.

Ya, benar, setiap orang ada cara tersendiri berjuang dalam apa jua bidang yang diceburi. Walaupun berbeza bidang dan cara, niat dan misinya tetap satu. 

Dalam hal memperjuang nasib rakyat Palestin, tidak semestinya kita kena turun ke sana berperang. Cukup dengan doa, derma dan tanda solidariti kepada mereka.


Semua pembaca berita memakai mafla soladiriti Palestin.


Justeru, apa yang dilakukan oleh pihak Radio Televisyen Malaysia (RTM) dalam mempamerkan tanda solidariti mereka terhadap rakyat Palestin sangat menarik perhatian ramai. 

Seorang pengguna aplikasi X (Twitter) bernama Alisa Yusra berkongsi rasa kagum dan gembira melihat inisiatif RTM menunjukkan tanda solidariti mereka.

“Wow RTM 👏🏻👏🏻👏🏻👏🏻 amazingggg semua pemberita pakai mafla Palestin,” tulisnya dengan diakhiri tanda pagar #SavePalestine #FreeGaza.

Malah, menurut Alisa lagi, dia bertambah kagum kerana setiap pembaca akan mengakhiri percakapan mereka dengan menyebut kata-kata keramat, “dari sungai hingga ke segara (lautan), Palestin pasti merdeka”.



Dia berkongsi gambar pembaca-pembaca RTM memakai mafla soladiriti Palestin ketika membaca berita. Perkongsiannya itu menarik orang lain dan rata-rata turut kagum dan memuji langkah RTM.

“Terbaik RTM”, hidup RTM”,” itu antara kata-kata pujian yang ditujukan kepada RTM.

Sebagai saluran televisyen milik kerajaan, langkah ini dilihat sangat tepat dan selari dengan perjuangan serta kelantangan kita dalam mempertahan kedaulatan negara Palestin. Syabas RTM dan warga kerjanya. - KitaReporters


13
9
0
11
0
You will be interested