Insan & Komuniti 18 Dec, 2020

Gara-gara nak swafoto! Remaja rentung di bumbung kereta api!

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this

GARA-GARA mahu mendapat kedudukan yang cantik untuk berswafoto seorang remaja rentung terkena renjatan elektrik ketika memanjat bumbung sebuah kereta api di Stesen Kereta Api Parlakhemundi, Gajapati di wilayah Odisha, India baru-baru ini. : KitaReporters



Lagi kisah-kisah berkaitan swafoto:

https://kitareporters.com/search?search=swafoto


Memetik laporan Indiatvnews.com, remaja berusia 13 tahun itu bersama dua lagi rakannya dikatakan memanjat bumbung tren berkenaan untuk berswafoto pada Rabu, 16 Disember 2020.  

Namun ketika berada di bumbung kereta api itu, remaja yang dikenali P Surya Kumar itu tersentuh wayar elektrik yang terletak di bahagian bumbung, sekali gus menyebabkan badannya rentung manakala dua lagi rakannya hanya mengalami cedera.



Keadaan itu menyebabkan bumbung kereta api itu terbakar sehingga memaksa pihak bomba datang memadamkan api kebakaran yang marak dengan sekelip mata.

Kedua-dua rakannya dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

Sementara itu, menerusi video kelihatan seorang wanita yang kemungkinan merupakan ibu mangsa kelihatan pitam selepas mengetahui anaknya yang terlibat dalam kemalangan berkenaan.

Pihak pengurusan stesen kereta api sedang menyiasat punca utama kejadian. - KitaReporters

0
0
7
0
0
You will be interested