Aktivitis dan pelayar media sosial memuji Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan kerana membawa penterjemah bertudung bertemu Presiden AS, Joe Biden. - Kredit foto: Ummid.com
KELIBAT gadis muda yang bertudung lembut mengiringi Presiden Turki, Recep Tayyid Erdogan ketika bertemu Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden pada Persidangan NATO di Brussels, Belgium pada 14 Jun 2021 lalu menimbulkan bual bicara dalam kalangan anggota diplomatik antarabangsa.
Di sebalik seri wajah nan lembut itu, pemiliknya Fatima Ali Ahmad Ghulam Abushanab, 22, seumpama sekuntum`bunga mawar` dalam kalangan pemimpin gagah perkasa. Dan keberaniannya sangat terpuji itu adalah berkat hasil didikan ibunya yang juga Duta Turki ke Malaysia, Prof Dr. Merve Safa Kavakci.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Turki
Cantik jelita dan genius kebanggaan rakyat Turki. - Kredit foto: NewageIslam.com
Bukan sekadar bertugas sebagai penterjemah, Fatima adalah Pakar Strategi dan Perhubungan Awam Antarabangsa kepada Presiden Erdogan yang sekali gus bertindak sebagai senjata`penyejuk jiwa` ketika mengendalikan pentas politik membabitkan persidangan dalam atau luar negara.
Ini bukan kali pertama Fatima dipilih untuk menemani presiden bertemu tokoh dunia. Sebelum ini diplomat muda itu turut menjadi penterjemah ketika Erdogan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan; Konsular Jerman, Angela Markle; dan Presiden Perancis, Emmanuel Macron.
Fatima ini adalah seumpama kata pujangga, di sebalik kehebatan lelaki berpolitik akan ada di sisinya seorang wanita. Tambah menarik lagi, aset Fatima ini masih muda, memiliki rupa paras yang jelita, minda bergeliga dan bijak berbicara.
Erdogan berani menetengahkan gadis ini bukan saja-saja kerana sejarah ibunya sebagai ahli politik Turki, seorang yang intelek dan pejuang Muslimah dalam usaha menggalakkan wanita bertudung. Hampir semua keluarga ibu Fatima akrab dengan presiden baik di dunia politik dan perniagaan.
Bak kata Fatima dalam tulisannya dalam media antarabangsa, biar apapun ujian yang dilalui negaranya, Presiden Erdogan kini sedang menerajui perubahan ke arah menggembalikan kegemilangan pemerintahan Othmaniyah di Turki.
Prof Dr Merve Safa Kavakci. - Kredit foto: Malaysian Internship
Ibu Fatima, Prof Dr Merve Safa Kavakci Duta Turki ke Malaysia. - Gambar Getty
Fatima adalah anak sulung kepada Dr Merve Safa. Ayahnya Ali Ahmad Ghulam Abushanab berasal dari Palestin dan bertemu ibunya warga Turki. Dia mempunyai seorang lagi adik perempuan Mariam berusia 21 tahun.
Dr Merve dilahirkan pada 19 Ogos 1968 di Ankara, Turki dan terkenal di seluruh dunia kerana gayanya bertudung. Antara sebab dia diusir dari Parlimen kerana gayanya bertudung itu yang dianggap ancaman kepada budaya hidup moden sekular yang diasaskan oleh Kamel Artatuk.
Dr Merve seorang hafizah adalah lulusan Phd dari Universiti Harvard dan pernah mengajar di Universiti George Washington dan Howard di Washington D.C. Dia juga dipanggil untuk memberi ceramah di banyak universiti dan pusat pengajian di seluruh dunia untuk bercakap dalam pelbagai isu.
Kredit foto: Yeni Akit Gazetesi
Macam mana hebatnya ibunya mendapat ilmu, begitulah juga dengan Fatima yang kini pemegang ijazah dalam bidang perhubungan antarabangsa dari Universiti George Mason dan ijazah lanjutan dalam bidang Perhubungan Muslim-Kristian dalam pengajian liberal di Universiti Georgetown.
Sepanjang pengajiannya di Washinton D.C, Fatima menimba ilmu sebagai pembantu penyelidik dalam pelbagai pertubuhan termasuk Pertubuhan Beckettfund untuk kebebasan beragama dan antara pemikir utama di Pusat Antarabangsa Woodrow Wilson untuk para skolar.
Pengalaman dan kajian yang dihasilkan berjaya melayakkan dia menjejak kaki dengan bekerja di Kongres Amerika Syarikat.
Banyak pihak tersentuh dengan bidang penyelidikan termasuk tentang teori agama seperti dalam gerakan sosial, pengajian pascasekular, mobilasi politik Islamik, antropologi dan sosiologi.
Pada masa ini Fatima sedang menyiapkan pengajian di Jabatan Pengajian Perhubungan Antarabangsa untuk doktor falsafahnya (PhD) di Universiti Yildirim Beyazit.
Kredit foto: Patronlar Dunyasi
Pujian melanggit itu sepatutnya lebih kepada usaha ibunya yang melalui sejarah perjuangan yang pahit. Ibunya pernah diusir keluar Turki oleh ahli-ahli Parlimen yang berfahaman sekular sebelum sempat mengangkat sumpah kerana dikatakan gagal memaklumkan dirinya adalah warga AS.
Tidak putus asas Merve kembali bekerja di AS. Bila Erdogan memerintah Turki dan mahkamah di Belanda memutuskan pengusiran dia melanggar hak asasi ibunya kembali ke Tukri, menang pilihan raya dan dilantik menjadi duta.
Malah keluarga Fatima mempunyai ikatan politik yang akrab dengan Presiden Turki. Selain ibunya sebagai Timbalan Presiden Parti Fazilet-nya Erbakan dan menjadi ahli Parlimen negara itu. Adik Fatima, Mariam adalah penasihat presiden.
Malah ibu saudaranya juga adalah Timbalan Presiden Parti Keadilan dan Pembangunan Turki (AKP). Malah seorang lagi saudaranya, Elit Kavakci juga mencipta nama dalam dunia fesyen dengan hubungan rapatnya dengan isteri Erdogan, Emine Erdogan.
"Negara Turki mahu menggembalikan semula kegemilangan sejarah Othmaniyah dan kami kini sudah ada wawasan untuk membentuk kepentingan nasional dan polisi luar negara.
"Kami bukan saja mempedulikan kepentingan asing di negara kita," Fatima dipetik sebagai berkata daripada Huffpost yang turut kreditkan Fatima Abushanab sebagai pakar perhubungan antarabangsa dengan Presiden Turki. - KitaReporters
Kredit foto: Sozcu Gazetesi