Siti Hajar Ahmad menyatakan sesuatu kepada salah seorang anggota YDHAF (kanan) mengenai keadaan suaminya yang koma disebabkan pembuluh darah dalam kepala pecah semasa kunjung ziarah yayasan itu ke kediaman beliau. - Kredit foto-foto: Yayasan Darul Hadis Al-Filfilaniyyah (YDHAF).
KESENANGAN dan kesusahan dua aspek berbeza dalam kehidupan seseorang. Jika dikurniakan kesenangan bersyukurlah dengan segala apa yang ada, sebaliknya jika ditimpa musibah atau kesusahan sifatkan sebagai ujian kerana insan berkenaan lebih disayangi pencipta-Nya.
Kepada sesiapa yang diberikan kesenangan dan keselesaan wajar bersyukur serta hulurkan bantuan sumbangan semampu mungkin kepada sesiapa sahaja yang ditimpa kesusahan mahupun musibah dalam usaha meringankan beban hidup terpaksa ditanggung.
Lagi kisah-kisah menarik berkaitan Tolong Kami:
https://kitareporters.com/search?search=tolong+kami
Dalam konteks ini, sebuah badan kebajikan, Yayasan Darul Hadis Al-Filfilaniyyah (YDHAF) yang berdaftar di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM), Bahagian Undang-Undang kini melancarkan Tabung Sumbangan Kebajikan dan memerlukan sokongan orang ramai khususnya mereka yang berkemampuan dan ingin membantu individu dalam kesusahan ditimpa musibah atau mengalamai penyakit serius yang perlukan kos pembiayaan rawatan serta ubat-ubatan agak tinggi lagi mahal.
Baru-baru ini, YDHAF melancarkan Tabung Sumbangan Kebajikan bagi membantu keluarga Siti Hajar Ahmad yang terpaksa memerlukan belanja bulanan untuk membantu penyediaan keperluan harian dan perubatan suami serta adik kandung kerana kedua-duanya menghidap penyakit serius.
Suami dan adik kandung Siti Hajar sekarang terlantar di rumah disebabkan penyakit dihidapi mereka dan memerlukan perbelanjaan RM5,000 sebulan untuk tujuan perubatan dan keperluan harian kedua-duanya.
Suami Siti Hajar, Rano Ramli terlantar koma di rumah sejak mengalami penyakit serius pembuluh darah dalam kepala pecah pada Oktober 2020 lalu.
Suami Siti Hajar, Rano Ramli, 41, terlantar koma sejak 16 Oktober 2020 kerana menghidap aneurisme atau pembuluh darah dalam kepala pecah.
Disebabkan penyakit tersebut, Rano terpaksa minum susu khas jenis Petamen melalui hidung dengan menggunakan tuib makanan. Untuk pernafasan pula terpaksa menggunakan Trachy Mask.
Dia juga terpaksa menggunakan pampers pakai buang bagi tujuan penyahtinjaan.
Kos sejumlah lebih RM3,000 bagi tujuan pembelian susu khas, pampers, gel untuk mata, ubat cecair kahak, sabun khas dan peralatan perubatan lainnya untuk tempoh sebulan diperlukan bagi kegunaan Rano.
Manakala adik kandungnya, Muhamad Shahrizan Ahmad, 25, pula yang menghidap penyakit Severe Traumatic Brain Injury (trauma kecederaan teruk otak) memerlukan perbelanjaan RM2,00 setiap bulan untuk membeli susu khas, pampers, sabun khas dan bahan-bahan perubatan yang lain untuk tempoh sebulan.
Dia sekarang juga terpaksa terlantar di rumah.
Muhamad Shahrizan Ahmad terlantar di rumah kakaknya disebabkan penyakit kecederaan otak yang serius.
Siti Hajar terpaksa memerlukan dana lebih RM5,000.00 sebulan bagi membiayai kedua-dua suami dan adiknya bagi membeli bahan-bahan perubatan dan keperluan lainnya. Keadaan ini agak menyukarkan hidup beliau.
YDHAF mengambil inisiatif melancarkan Tabung Sumbangan Kebajikan bagi keperluan harian dan perubatan keluarga Siti Hajar selepas membuat kunjung ziarah dan melihat sendiri keadaan suami dan adik kandung beliau pada Ahad 21 Februari 2021.
Untuk itu, orang ramai diminta menyumbang untuk membantu keluarga Siti Hajar dalam usaha meringankan beban yang terpaksa beliau tanggung berikutan keadaan suami dan adik kandung yang menghidap penyakit kronik.
Sumbangan anda sangat berharga untuk beliau sekalipun hanya bernilai RM10. Pihak YDHAF mengalu-alukan bantuan yang dihulur dan diucapkan terima kasih.
Sebarang pertanyaan mengenai Tabung Sumbangan Kebajikan Keluarga Siti Hajar Ahmad boleh menghubungi Setiausaha Kerja YDHAF, Ahmad Buqari melalui talian 013-3715249 atau 04-5731118 (waktu pejabat).
Sumbangan boleh disalurkan ke dalam akaun Bank Islam nombor 07043011051947 atau Maybank nombor akaun 557250065203. Untuk rujukan 'Keluarga Hajar".
Hantarkan butiran ke http://www.wasap.my/60133715249/SumbanganKeluargaHajar, dan http://www.wasap.my/601165568691/SumbanganKeluargaHajar. - KitaReporters