PASANGAN Kembar selamat dilahirkan pada 14 Fabruari 2017 ketika usia Mauricia Ibanez mencecah 64 tahun. - Kredit foto: dailymail.co.uk
IBU adalah individu paling rapat dengan si anak kerana sebaik sahaja anak menjengah ke dunia, itulah pandangan pertama yang dilihat sebelum ayah.
Namun bagaimana jika hubungan itu terpaksa dipisahkan pasti pelbagai rasa yang dialami si ibu termasuklah kecewa dan sedih.
Kisah sama juga turut berlaku kepada seorang ibu yang berusia 69 tahun dari Sepanyol yang hilang hak penjagaan terhadap anak kembarnya, Gabriel dan Maria de la Cruz, sejak lahir empat tahun lalu.
Lagi kisah-kisah menarik berkaitan warga emas:
https://kitareporters.com/search?search=warga+emas
Memetik laporan mirror.co, Mauricia Ibanez yang ketika itu berusia 64 tahun selamat bersalin pada Hari Valentine pada 2017 di Bandar Burgos, utara Sepanyol, bagaimanapun hilang kelayakan untuk menjaga bayi kembar berkenaan selepas dipercayai tidak boleh menguruskan anak-anak kembarnya secara sempurna.
Ibanez yang sebelum ini berhijrah ke Amerika Syarikat (AS) untuk menjalani rawatan IVF bagi mendapatkan zuriat tidak menyangka pengakhiran hidupnya tanpa ditemani anak-anak, walaupun ada tiga orang anak.
Keputusan itu telah dibuat oleh Mahkamah Wilayah Burgos setelah mendapati bahawa kedua-dua bayi kembar tersebut tidak dijaga dalam keadaan yang baik.
Pasangan kembar itu ditempatkan di rumah kebajikan sejak mereka dilahirkan.
Walaupun tidak bersama ibu kandung disebabkan faktor kesihatan, namun pihak pengurusan rumah kebajikan itu membenarkan Ibanez melawat anaknya sepanjang masa.
Nama pun ibu mestilah nak jenguk anak-anak sendiri!
DITEMPATKAN di rumah kebajikan sejak pasangan kembar dilahirkan berikutan ibunya dipercayai tidak boleh menjaga dengan sempurna.
Selepas kelahiran kembar berkenaan, Ibanez telah menandatangan persetujuan untuk menerima khidmat sosial yang membantu menyediakan bantuan jagaan 24 jam terhadap bayinya.
Namun 10 hari selepas pulang dari hospital, pihak berkuasa mendapati anak kembar berkenaan berada dalam keadaan yang berisiko berikutan Ibanez masih belum sembuh daripada luka pembedahan semasa bersalin.
TIDAK sangka pada penghujung usia, Ibanez masih kekal bersendirian walaupun mempunyai tiga orang anak.
Sebelum ini, Ibanez mempunyai seorang lagi anak, Blanca yang juga diperoleh menerusi rawatan IVF. Namun sedihnya dia kini terputus hubungan dengan Blanca.
Blanca juga terpaksa ditempatkan di bawah jagaan rumah kebajikan sejak 2014 dan kini menetap di Kanada.
Siapa sangka usahanya untuk memiliki anak dan menjadi peneman pada hari tua tidak mampu direalisasikan. - KitaReporters