Kisah Insan 22 May, 2021

Video| Wanita sakit diusung dengan tandu buluh sejauh 20km! Untuk dapatkan rawatan di klinik

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this


Pesakit dikenali sebagai  Dina Da'a terpaksa diusung dengan tandu oleh orang kampung untuk mendapat rawatan. - Kredit foto: IG @info_lutra.


Masih ada tempat-tempat yang tidak menikmati kemudahan pengangkutan yang baik seperti di bandar-bandar khusus di kawasan jauh di pedalaman atau kampung terpencil

Prasarana jalan yang ada masih mendukacita. Malah kalau ada pun, jalan berlopak, tidak berturap dan hanya boleh dilalui kenderaan dua roda.

Ini  menyebabkan berlaku kesulitan bagi penduduk yang mengalami kecemasan seperti sakit.


Orang kampung beramai-ramai mengusung pesakit dengan tandu. - Kredit foto: IG @info_lutra Tribun Sulsel


Satu peristiwa yang terjadi di daerah terpencil, Desa Rampi, Kecamatan (mukim) Rampi, Kabupaten (daerah) Luwu Utara, Sulawesi Selatan (Sulsel)
 pada Selasa, 11 Mei 2021 perlu diambil perhatian oleh kerajaan setempat untuk memberi kesejahteraan kepada rakyat.

Foto-foto yang memperlihatkan seorang penduduk dikenali sebagai Dina Da'a diusung dengan tandu sejauh 20 kilometer untuk berubat ke sebuah klinik tular dalam media sosial.


.

Dina diusung menaiki tandu yang diperbuat daripada buluh bambu. - Kredit foto: IG@info_lutra

Foto ini dimuat naik dalam Instagram @info_lutra pada Jumaat, 14 Mei 2021.

Kelihatan daripada beberapa gambar yang dimuat naik itu, tandu yang digunakan diperbuat daripada buluh bambu itu diangkat oleh beberapa orang untuk mengusung Dina.

Pesakit diletak di atas tandu yang diberi atap bagi melindungi  sinar matahari.


Sejumlah penduduk menyaksikan pesakit dibawa dengan tandu. - Kredit foto: IG info_lutra


Kejadian ini diakui seorang penduduk Desa Rampi bernama Bangsi yang menyaksikan kejadian mengusung dengan tandu itu.

"Dia diusung di atas tandu sejauh 20 kilometer untuk pergi mendapatkan rawatan di klinik," kata Bangsi kepada Tribun Sulsel.com pada 14 Mei 2O21.

Memandangkan klInik kerajaan berhampiran itu tidak mempunyai rawatan lengkap, pesakit terpaksa dibawa menaiki helikopter dengan melalui penerbangan ihsan ke Hospital Andi Djemma di Masamba.



Sementara itu menurut seorang pegawai Pejabat Mukim Rampi, Musriyamin menyatakan, orang sakit atau meninggal dunia terpaksa diusung dengan tandu di Rampi bukan perkara  baru. Ini kerana kemudahan pengangkutan yang terbatas menjadi penyebabnya.

Tambahnya, belum ada jalan bertar di Rampi. Jalan yang ada hanya boleh dilalui kenderaan dua roda. Rampi berada di sempadan Sulawesi Selatan dan Sulawesi Tenggara. Jaraknya kira-kira 86 kilometer dari Masamba, bandar utama bagi daerah Luwu Utara.

Untuk pergi ke Rampi hanya boleh menggunakan motorsikal yang diubah suai melalui jalan darat atau menggunakan pesawat ringan melalui Lapangan Terbang Andi Djemma.

Daerah terpencil Rampi mempunyai enam kampung dengan kira-kira 3,500 penduduk. - KitaReporters



Kredit foto-foto: Video Tribun Timur

You will be interested

Caprice minta maaf! Kepada TMJ, H2O, UEL! Terlalu ikut emosi perjuangan demi Palestin, ummah!

Caprice tampil mohon maaf kepada rakyat Malaysia dan pihak yang terbabit dalam dakwannya. Turut mohon maaf kepada Tunku Mahkota Johor, Hishammuddin, Ustaz Ebit

Malang berganda! Sudahlah hutang RM150 tak dibayar! Mangsa pula ditikam oleh suami pemiutang!

MALANG berganda seorang wanita! Sudahlah hutang Rp450 ribu (kira-kira RM150) tak dibayar oleh peminjam sebaliknya ditikam pula sebanyak dua kali pada perutnya
Adnan Mohamad in Kisah Insan 1 day ago

Bakul makanan: PKP zahirkan kesepakatan guru! Program Cakna PIBG bantu 200 keluarga pelajar!

Program Cakna PIBG SK, SMK Bandar Tun Hussein Onn 2 zahirkan kerjasama dan kesepakatan guru-guru bantu ibu bapa pelajar yang terkesan dengan PKP wabak Covid-19
Rosdi Ismail in Kisah Insan 2 days ago

Video| Permintaan terakhir! Anak cepatkan tarikh nikah! Ibu meninggal beberapa hari kemudian!

Kerana ibu sakit tenat, si anak penuhi permintaan ibu untuk percepat tarikh perkahwinan. Beberapa hari setelah majlis akad nikah, si ibu kembali menghadap ilahi
Fauzan Uda Ahmad in Kisah Insan 2 days ago