Insan 15 Aug, 2020

2 insan seni meninggal hari ni! Abu Bakar Juah, Yusof Kelana

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malayisia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga berugas dengan beberapa media lain

Share this
DUA insan seni veteran negara meninggal dunia hari ini, 15 Ogos 2020, selang beberapa jam sahaja. Pelakon Abu Bakar Juah, 72, meninggal dunia 6.35 petang, manakala penerbit, Yusof Kelana, 66, beberapa jam sebelum itu pada pukul 9.30 pagi. Kedua-duanya meninggal dunia akibat penyakit kanser yang dihidapi mereka. : KitaReporters


Abu Bakar Juah ketika tenat di rumahnya. 


Lagi cerita-cerita mengenai insan yang meninggal dunia:

https://kitareporters.com/search?search=meninggal+dunia


Allahyarham Yusuf Kelana meninggal dunia kira-kira jam 9.30 pagi di rumahnya di Taman Melawati, Hulu Kelang dan dikebumikan di Klang Gate petang tadi, 15 Ogos 2020.

Belum reda dengan berita kematian pengarah dan penerbit itu, orang ramai dikejutkan dengan berita kematian pelakon veteran, Abu Bakar Juah di rumahnya di Alam Damai, Cheras kira-kira jam 6.35 petang tadi.

Menurut anak keduanya, Zarith, arwah akan akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Alam Damai kira-kira jam 10 pagi esok, Ahad, 16 Ogos 2020.

Sejak dua hari lalu bertiup berita angin mengenai kematian Abu Bakar yang ketika itu sudah nazak membuat pihak keluarga minta dihentikan penyebaran berita palsu.

.

Abu Bakar ketika sihat masih aktif berlakon. - Kredit foto: IG abubakarjuah


Ramai rakan artis dan kenalannya datang menziarah hingga kurang mematuhi SOP khususnya penjarakan sosial.

Allahyarham Abu Bakar yang menghidap kanser hati dibenar keluar dari Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) sejak dua minggu lalu.

Abu Bakar Mohd Juah merupakan seorang pelakon berwatak dan banyak membawa watak antagonis. 

Bermula sebagai pelakon teater, Abu Bakar mula terbabit dalam drama terbitan RTM sejak 1976. Namun kegiatannya berlakon terhenti apabila dia menumpu perhatian sebagai pegawai Penjara sehingga menjadi Pengarah Kanan Penjara di Penjara Taiping sebelum bersara pada 2005.

Selepas bersara, Allahyarham kembali giat berlakon sehingga beberapa tahun kebelakangan kesihatannya tidak mengizinkan.

Selain drama TV, Abu Bakar turut berlakon dalam beberapa filem. Antaranya, ‘Matinya Seorang Patriot’ (1984), ‘Senjakala’ (2011),  ‘Rempit Sampai Langit’ (2017) dan ‘Dukun’ (2018).  

Sementara itu, Yusof Kelana atau Omar Saleh, lebih dikenali sebagai pengarah dan produser. Dan merupakan sahabat rapat Datuk Yusof Haslam dengan banyak mengarahkan drama siri kepolisan ‘Gerak Khas’ terbitan Skop Productions.

Allahyarham yang mengalami kanser kulit dirawat di Institut Kanser Negara (IKN) dibawa pulang sejak 6 Ogos 2020 lalu

Yusof Kelana ketika menjalani rawatan. - Kredit foto: Malaysiakini.com


Yusof Kelana mula memperlihatkan kewibawaan sebagai pengarah melalui filem ‘boxoffice’ ‘Tragedi Oktober’ terbitan M.E Communications miliknya pada tahun 1995.

Dia mula mengarah filem pada 1991 melalui filem ‘Juara’ pada 1991. Beberapa tahun lalu, Yusof menerbit dan mengarahkan filem ‘Bidong: The Boat People’. Namun filem berbajet tinggi ini kurang mendapat sambutan.

Filem terakhir terbitannya melalui syarikat barunya Reliance Media Group ialah ‘Mahathir: The Journey; arahan Prof Dr Hatta Azad Khan. Filem ini masih menunggu senarai tayang Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

Pada 18 Julai 2020 lalu, seorang lagi tokoh seni veteran iaitu pengarah Nurhalim Ismail, 63, meninggal dunia akibat kanser paru-paru tahap empat. - KitaReporters

You will be interested

Mulia sungguh guru, staf SK Lemoi! Tak abai anak Orang Asli!

4 guru Sekolah Kebangsaan (SK) Lemoi, Cameron Highlands hantar lembaran kerja, bahan belajar kepada anak-anak Orang Asli di empat perkampungan jauh dekat hutan

Adnan Mohamad in Insan 2 days ago

Budak 14 tahun! Pelajar paling muda miliki ijazah di India!

Seorang budak 14 tahun dari Hyderab, Agastya Jaiswal menjadi pelajar paling muda di India yang berjaya menamatkan pengajian pada peringkat ijazah di universiti
Zuhayati Yazid in Insan 20 hours ago

Semua nak tengok wajah anak Fazura! Tak perlu tohmah sumbing!

Sudah dua bulan Nur Fazura dikurniakan anak sulung, Nur Fatima Aisya namun wajah penuh anak comel itu belum didedahkan maka timbullah tohmahan anak itu sumbing
Fariza Saidin in Insan 23 hours ago

Dikurung selama 28 tahun! Oleh ibu sendiri di dalam biliknya

Seorang ibu kurung anak lelakinya sendiri di bilik di flat kediamannya di Haninge, Stockholm. Mengejutkan anak itu dikurung selama 28 tahun sejak usia 12 tahun
Zuhayati Yazid in Insan 1 day ago

Di sebalik ujian ada rahmat! Di sebalik kesusahan ada Ebit!

"Di mana ada kesusahan, di situ ada Ustaz Ebit Lew." Mungkin itu ayat yang tepat untuk gambarkan keprihatinan Ebit Lew dalam laksanakan segala macam kerja amal
Fariza Saidin in Insan 2 days ago