Insan & Komuniti 30 Jun, 2021

Terima kasih Skuad Sabil Pemuda UMNO Kubang Pasu! Bantu sanitasi 293 rumah di Taman Mahsuri!

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi. email:anakperlis65@gmail.com

Share this


Sukarelawan Skuad Sabil dengan kerjasama Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Mahsuri dan PEKIDA Bandar Darulaman yang menjalankan sanitasi di Taman Mahsuri, Jitra, Kedah pada 25 Jun 2021. 


SEBANYAK 293 rumah di Taman Mahsuri, Jitra, Kedah yang dikenakan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sejak 18 Mei 2021 hingga 14 Jun 2021 telah disanitasikan secara percuma oleh 15 sukarelawan Skuad Sabil Pergerakan Pemuda UMNO Kubang Pasu yang diketuai Ketua Pemudanya, Dato’ Hasmuni Hassan pada 25 Jun 2021.

Kesemua 15 sukarelawan yang terlibat dengan sanitasi ini telah menjalani latihan terlebih dahulu di bawah kendalian Pejabat Kesihatan Daerah Kubang Pasu sebelum menyertai operasi ini.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan sanitasi

Petugas bersedia untuk menjalankan sanitasi.


Sukarelawan yang terlibat juga mematuhi SOP sebelum kerja-kerja penyemburan dilakukan.


Hasmuni berkata, operasi disinfeksi awam di Taman Mahsuri ini dilakukan dengan kerjasama Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Mahsuri dan PEKIDA Bandar Darulaman. 

“Kami sedar dan sedia untuk membantu sanitasikan di kawasan dalam dan rumah mereka selepas 16 penduduk di sini meninggal akibat COVID-19,” katanya ketika dihubungi.


Operasi penyemburan dilakukan di dalam rumah.


Di kawasan luar rumah juga disanitasikan.


Sukarelawan yang terlibat membantu sanitasi di laman hadapan rumah penduduk Taman Mahsuri.


Petugas sentiasa memakai PPE semasa kerja penyemburan dijalankan.


Petugas sedang melakukan kerja sanitasi.


Beliau menambah sebelum ini pasukannya telah menjalankan disinfeksi awam secara percuma di seluruh kawasan Parlimen Kubang Pasu seperti masjid, surau, sekolah, pasar awam, pasar tani kekal termasuk di kawasan PKPD di Taman Mahsuri ini.

Semoga khidmat masyarakat ini akan memberi semangat baru kepada masyarakat di situ untuk terus mengekang penularan wabak Covid-19.

Hasmuni menambah ketika melakukan sanitasi itu, semua petugas juga telah diarahkan supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan seperti memakai pelitup muka dan menjaga penjarakan fizikal. - KitaReporters


Sukarelawan bersama penduduk selepas kerja penyemburan dijalankan.

3
0
0
0
0
You will be interested