Insan & Komuniti 13 May, 2020

Gapo beza mok dengan kereta? Pickup line terbaik untuk ibu!

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this

TANGGAL 10 Mei 2020 ini kita telah menyambut Hari Ibu. Pelbagai ucapan kreatif yang diberikan oleh anak-anak kepada ibu masing-masing sama ada yang masih hidup atau sebaliknya. Namun ada sebuah video yang telah viral dalam medsos dan menarik perhatian ramai netizen. Video pickup line untuk ibu!! : KitaReporters



"Ibu engkaulah ratu hatiku

Bila ku berduka

Engkau hiburkan selalu

Ibi-ibu engkaulah ratu hatiku

Tempat ku menyerah kasih

Tiap waktu."

Antara rankap lirik lagu nyanyian Taufik Batisah


Guys, kemonlah, tak kan hendak tunggu 10 Mei setiap tahun baru nak ucapan Hari Ibu, Hari Ibu adalah setiap hari kerana merekalah ratu kehidupan kita.

Kepada anda, pernahkah anda bagi ayat power atau pickup line dekat ibu anda

Mesti tidak pernahkan, Itulah asyik beri dekat kekasih je.

Kali ini, kita lihat seorang anak muda yang berikan ayat pickup line kepada ibunya. 

Jawapan anak dia, huh, menusuk terus ke kalbu, orang kata makan dalamlah. 

Dunia seakan-akan terhenti seketika, dengupan jantung seperti tidak bergerak, ok ini tipu je!!!


Kredit video Wan Amal Atiq. 


Pemuda dari negeri Che Siti Wan Kembang, Wan Amal Atiq telah berkongsikan video pendek 'pickup line' dalam akaun Twitter miliknya di mana beliau bersama ibu di dalam kereta. 

Apa beza mak dengan kereta? 

Kereta boleh bawa kita jalan-jalan tapi emak boleh bawa kita ke syurga," kata Wan Amal.

Sudah tengok video itu? 

Apa macam guys, menusuk ke kalbu tak? Kalau tak, anda perlu minum air zam-zam banyak-banyak ye.

Biarpun video itu pendek, tetapi reaksi emaknya memberi 1001 makna tidak terkata. 

Selepas mendengar jawapan itu, emaknya hanya mampu berikan senyuman manis. Mungkin di dalam hati beliau gembira dan suka dengan cara anaknya itu.

Jika dilihat pada respons netizen, kebanyakkan mereka merasa sedih dengan video ini. 




Dalam video itu juga ada anak kecil, moga anak itu juga akan membesar memberi manfaat kepada kedua-dua ibu bapanya kelak. - KitaReporters

6
1
4
1
0
You will be interested